TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, January 16, 2012

BERSIH 3.0 AKAN DILANCARKAN DARI DEWAN MERDEKA PWTC?

Awal pagi, aku mendapat kiriman e-mel dari sahabat pembaca. Ia berkaitan dengan Konvensyen Fiqh Ummah 2012 yang akan diadakan di Dewan Merdeka PWTC. 

Apa yang dipersoalkan ialah bagaimana mereka yang dikatakan 'tokoh' pada konvensyen tersebut yang kebanyakannya adalah penyokong kepada BERSIH 2.0 dahulu boleh diberikan kebenaran untuk menggunakan pentas keramat UMNO di PWTC? Mungkin pembaca sendiri boleh kenal siapa yang menyokong BERSIH di gambar di bawah ini. Apakah BERSIH 3.0 akan dimulakan dari PWTC pula?

Untuk mengetahui tentang program ini, sila klik di SINI. Dan antara yang paling sinis menyindir kerajaan berkaitan BERSIH ialah di SINI dan kalau nak kenal mereka-mereka yang menyokong demonstrasi sila ke lihat video di bawah sekali. 



Adakah sahabat-sahabat ahli dan penyokong UMNO rela Dewan Merdeka PWTC dipergunakan? Melihat kepada latar belakang 'tokoh' tersebut, tidak mustahil para pemimpin UMNO akan dicarutkan oleh mereka dalam dewan tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

insyallah ustaz2 ni ok selalu keluar dlm tv9 pk 8 pagi dlm siri tanyalah ustaz, hanya dr basit nampaknya aktivitis pemuda pas kelantan, yg lain malah semuanya adalah ustaz yg rasional bukannya gila politik mcm nik ajis.

Cahaya said...

Janganlah pulak mula dengan puji2an kepada Alllah swt dan Rasul serta seluruh Umat Islam.

Lepas tu siap maki hamun dan perli oang2 UMNO seolah2 selama semua cerdik pandai dan ilmuan Islam tu dizalimi oleh UMNO.

Seolah mereka ini tidak boleh bergerak bebas. Asal sahaja Imuan Islam di negara ini ditangkap dihumbang ke dalam penjara atau pun dihukum pancung.

Inilah yang PAS dok tanam dalam fikiran setiap ahlinya dari kanak hingga lah yang dewasa.

Sedarlah PAS sekarang jauh menyimpang dari dasar perjuangan menegakkan Islam. PAS sekarang sama seperti parti2lain yang hanya mengenjar undi untuk berkuasa.

Sekiranya ini diambil kira maka semenjak ditubuhkan dari dulu hingga sekarang PAS hanya banyak bercakap tapi rialitinya fikirlah sendiri.

Baru sekarang nak wujudkan negara bekebajikan. Walaupun UMNO itu dihina oleh PAS namun hakikatnya sampai sekarang PAS masih belum dapat membuktikan bahawa merekalah yang membangunkan Islam di negara ini.

Sekiranya konvensyen ini hendak diadakan, jadikanlah ia sesuatu forum yang realitinya bukan untuk tujuan politik.

Anonymous said...

Bukan semua ilmuwan tersebut menyokong demonstrasi bersih. Salah seorang ilmuwah tersebut pernah memberi kuliah dan mengharuskan perhimpunan Bersih 2.0 JIKA mendapat permit pihak berkuasa iaitu pihak polis. Ini kerana aspek keselamatan mesti diutamakan. Beliau menjelaskan perkara 10 (1) dan (2) dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, mereka boleh berlapang dada menerima perbezaan pandangan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI