TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 28, 2012

NI SALAH POLIS KE SALAH POK NIK?



Kesian kat masyarakat Temiar ni. 8 Orang kena tahan dengan polis. Ni nak salahkan sapa ni. UMNO juga ke yang bersalah? Dengar kabonya kerajaan PAS menceroboh tanah nenek moyang mereka. Rayuan mereka kepada kerajaan negeri macam dibuat endah tak endah aje oleh kerajaan PAS. 

Tunggu aje statement dari Pok Nik, tentu nanti dia akan kata UMNO yang hasut. 

Balak kat Kelantan HALAL, sebab pokok tu bukan orang yang tanam, tumbuh sendiri atas bumi Allah. Sesiapa aje boleh ambil. Pokok tu besar sendiri, bukannya orang asli Temiar tu yang tanam dan bubuh baja. Sapa nak ambik boleh ambik, janji bayar kat PAS, lebih-lebih lagi dah dekat PRU ni, tentu banyak nak pakai duit.


9 DITANGKAP CUBA BUAT SEKATAN DI GUA MUSANG
Lapan Orang Asli dari masyarakat Temiar di Gua Musang ditangkap selepas mereka cuba untuk mengadakan sekatan bagi menghalang pembalak memasuki kampung mereka. Peguam Siti Kassim, yang telah cuba untuk campurtangan bagi pihak masyarakat Orang Asli, turut ditangkap.

Ketika dihubungi, rakan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri berkata Siti telah memaklumkan kepadanya kesemua mereka dibawa ke ibupejabat polis daerah Gua Musang pada sekitar jam 5 petang untuk memberi kenyataan.

"Siti telah menasihatkan masyarakat Orang Asli mengenai hak mereka di segi undang-undang tetapi pihak polis menuduhnya menghasut protes tersebut," katanya.

Masyarakat Orang Asli di sekitar Gua Musang telah memutuskan untuk meneruskan sekatan tersebut selepas rayuan mereka kepada kerajaan negeri Kelantan tidak diperdulikan. Ketika dihubungi sebelum ini, wakil masyarakat terbabit, Kamal Alek, berkata kira-kira 700 Orang Asli dari 31 kampung berkumpul untuk menetapkan mengadakan sekatan di jalan utama ke Kampung Parit.

"Polis Gua Musang telah meminta kami memberi lebih banyak masa untuk mengadakan perbincangan, tetapi jika kita terus menunggu, sedang pembalakan berterusan, apa yang akan tinggal di kampung kami?" katanya. Kira-kira 20 anggota polis ditempatkan di tempat di mana masyarakat Orang Asli itu merancang mengadakan sekatan.

Sekatan pertama bermula pada 4 Januari tetapi dibatalkan dua hari kemudian selepas mereka diberi jaminan bahawa mesyuarat akan diadakan dengan kerajaan negeri dalam masa dua minggu.

Kamal berkata operasi pembalakan telah menceroboh tanah pertanian mereka. Beliau mendakwa, kerajaan negeri telah diberi kelulusan kepada program Ladang Rakyat tanpa mengambil kira masyarakat tempatan.

Program Ladang Rakyat merupakan projek pertanian yang membabitkan pembersihan sebahagian daripada kawasan hutan yang menjadi tempat Orang Asli bergantung hidup.

Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang, yang mendakwa tanah nenek moyang mereka dirampas oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada syarikat pembalakan.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata tanah terbabit adalah milik kerajaan negeri kerana ia tidak diwartakan sebagai tanah simpanan Orang Asli.
Sumber: SINI

5 comments:

Anonymous said...

Aku sokong BN tapi aku tak faham dengan cara Polis bertindak.Rasanya Polis patut bela orang asli tu

cacamarba said...

ni suma salah UMNO ngn polis..tuan guru dan kerajaan negeri x salah.

Anonymous said...

benda ni kan jadi kat kelantan..tanya la MB,EXCO & ketua Polis kelantan..siapa yg suruh polis tangkap orang asli tu..tapi apa pun,UMNO jugak yg salah..kalau nik ajis sembelit berak keras pun UMNO gak yg salah..

Fencesitter said...

Hahahaha... Sokong anon 12.12 ....... Hahahaha lawak2 PAS pis pus ni ......... Hahahahaa.... Boleh jadi badut ... Untok show harijadi ...... Hahahaha

Omar Ja'afar said...

ini ada lah satu konspirasi!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI