TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, January 14, 2012

SALAHKAN BAPAK, BUKAN SALAHKAN KERAJAAN


Membaca berita di atas, semacam terpanggil pulak untuk menibai segolongan manusia yang mungkin tak akan paham  walau apa pun yang orang lain akan cakap dengan mereka. 

Entah apa lagi yang mereka tak puas hati dengan Felda, aku pun tak faham. Kali ni generasi ke dua pulak. Sepatutnya generasi ke 2 ni dah tak boleh nak salahkan kerajaan atau Felda atas kegagalan hidup mereka. Dulu mak bapak mereka susah, kerajaan dah bantu bagi masuk Felda untuk meningkatkan taraf hidup.

Patut bila dah senang sikit, mak bapak tu pastikan anak-anak tak le jadi macam mak bapak, masih mengharapkan bantuan dari kerajaan. Beri le anak-anak tu pelajaran secukupnya agar boleh berdikari. Tak malu ke bapak kerajaan tolong untuk masuk Felda, kemudian anakpun nak suruh kerajaan tolong masukkan Felda juga?

Kalau setakat mengait pelepah dan buah sawit, kemudian ingin mempertikaikan segala dasar kerajaan yang ingin terus meningkatkan lagi taraf kehidupan peneroka Felda, apakah mereka faham dengan apa yang mereka bantah?

Kepada peneroka yang membantah tu, cermin dulu diri sendiri. Bandingkan tahap kehidupan sebelum dapat masuk Felda dengan taraf kehidupan sekarang. Kenapa masa mohon Felda dulu tak terfikir yang kerajaan akan menganiaya kamu? Bila senang kamu kata kerajaan nak aniaya kamu?

Kalau anak kamu tak berjaya, masih nak cari makan dengan Felda, ingatkan anak-anak, jangan salahkan Felda. Peluang untuk memperbaiki diri melalui pelajaran terlalu luas di Felda berbanding di kampung-kampung, tanya diri, kenapa anak tak berjaya?

Masa mewah, sepatutnya belikan anak-anak buku, komputer dan benda-benda lain yang boleh membantu pelajaran anak-anak. Ini tidak, masa mewah, anak-anak seusia sekolah rendah lagi dah dibekalkan dengan motorsikal walhal di kampung-kampung anak-anak sebaya anak mereka masih terpaksa berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk sampai ke sekolah berbanding Felda yang kesemuanya mempunyai kemudahan sekolah rendah yang hampir dengan rumah. 

Jelasnya, kamu semua adalah generasi terlebih manja. kalau kamu gagal jangan salahkan orang lain. Kalaupun ada lagi tanah yang boleh dijadikan penempatan Felda, berilah pula kepada keluarga lain yang tak pernah mengecapi kemewahan hidup dan masih terperuk di pelusuk kampung. Mungkin mereka akan lebih menghargai kebun yang diperolehi dari sesetengah anak peneroka yang hanya tahu melalak, tetapi bila ditanya langsung tidak tahu di mana letaknya kebun bapak mereka!

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI