TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, January 15, 2012

SIAPA IMAM, SIAPA MAKMUM

Konvensyen pakatan Rakyat semalam menyaksikan para perwakilan mereka membaca ikrar. Peliknya yang tergila-gilakan sangat jawatan Perdana Menteri ialah dari PKR, tapi yang mengetuai bacaan ikrar dari PAS. Lepas tu dari DAP, dihantarnya pulak nyonya aje sebagai wakil. Maka yang beria-ia, berdegar-degar melaung, orang PAS.


Mungkin orang-orang PKR dan DAP tak berani nak ke depan kerana isi kandungan ikrar tersebut, maka mereka suruh PAS mengetuainya. Maka bila PAS berikrar, maka suku sakat PKR dan DAP cuma kumat-kamitkan mulut aje, tapi tak berikrar. Akhirnya PAS juga yang kena bohong.

Ada lima perkara asas ikrar mereka dan aku yakin kelima-lima perkara tersebut memang tak akan ditunaikan atau dituruti oleh puak PKR dan DAP, itu sebab mereka suruh PAS mengetuai bacaannya, iaitu;


"Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;

"Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

"Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat.

"Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

"Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Korang yakin ke puak-puak Pakatan tu boleh penuhi ikrar mereka?  ....tu sebab mereka bodohkan PAS. Yang PAS pulak, bukan main bangga lagi disuruh jadi ketua.

2 comments:

Anonymous said...

haahahahaa...kelakar weh!

cacamarba said...

DAP jd hidden hand,PKR pelaksana,PAS jd macai..sekian

ARTIKEL HANGAT BULAN INI