Berkat hari Maulidurrasul pada hari ni, belang rasis Guan Eng dan DAP terserlah. Mungkin itulah yang dinamakan hikmat. Kalau masih ramai Melayu dan PAS masih tak sedar lagi, maka kesian sahaja yang boleh aku katakan.
DAP melalui setiausaha agungnya, Guan Eng hari ni mempersoalkan tindakan MCA yang tidak melarang ahli-ahlinya menyertai acara-acara yang dianjurkan oleh Perkasa.
Itu menunjukkan bahawa MCA tak buta hati macam DAP. Agaknya DAP dah tak ada kerja lain sampai dengan siapa MCA nak kerjasamapun mereka nak ambil tahu. Kalau MCA dah boleh duduk semeja dengan Perkasa, itu maknanya MCA tak gentar dengan Perkasa. MCA dah boleh berkawan dengan Perkasa. Cuma DAP aje yang nak bodoh-bodohkan dan takut-takutkan orang Cina.
Sepatutnya DAP kena belajar lagi dengan MCA. MCA dengan Perkasa lebihkurang aje fungsinya. MCA ialah parti orang Cina, tentunya memperjuangkan hak dan kelebihan untuk orang Cina. Begitu juga Perkasa. Perkasa ialah NGO Melayu dan Islam, tentunya agenda perjuangannya untuk Melayu dan Islam. Sah bodoh, bahlul, bengap dan bingai memang makanan DAP.
Selain itu banyak lagi isu-isu yang tak melibatkan kepentingan kaum masing-masing yang boleh mereka bekerjasama. Tak perlu le DAP nak sembunyi-sembunyi sifat keCinaan mereka tu. Kalau DAP betul-betul ikhlas dengan halatuju Malaysian Malaysia mereka, maka aku cabar DAP gerakkan perjuangan hapuskan sekolah vernakular. Ada berani?
1 comment:
SEBAB ORG CINA YANG MENYERTAI PROGRAM PERKASA, golongan yang faham PERLEMBAGAAN NEGARA dan cintakan keamanan !Kamu pula perosak keharmonian negara !
Post a Comment