TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, February 1, 2012

BN DAH ADA CALUN TAK BOLEH MENANG

Dalam sibuk-sibuk BN nak mengetengahkan calun boleh menang, tetiba aje terkeluar pulak nama seorang calun tak boleh menang. Syabas kepada orang Cameron Highland kerana berani berterus terang. Sepatutnya lebih banyak lagi tempat yang tidak berpuas hati dengan calun mereka, menyatakan dengan lebih awal sebegini agar mudah bagi pihak atasan membuat tapisan ketika PRU nanti. Masih banyak lagi wakil rakyat yang hanya cantik di depan pucuk pimpinan sahaja tetapi tersangat le meluat dilihat oleh para pengundi.

Syabas juga kepada UMNO Cameron Highland kerana masih waras dengan hanya menolak calun sahaja dan bukannya menolak MIC. Mereka masih menghormati lagi kerusi MIC yang diperuntukkan di situ. Diharapkan agar suara dari akar umbi sebegini akan didengar oleh pucuk pimpinan BN dalam memastikan kemenangan mutlak untuk BN pada PRU 13 akan datang.


3 comments:

zopinion said...

Syabas... inilah satu permulaan yang baru dan mempunyai objektif. BN harus terus positif.. bersatu teguh bercerai roboh

wubra.blogspot.com

Orang Cameron tapi Bukan UMNO !!! said...

Devamany ni kalau ikut trend dulu confirm kalah sebab kalau tak de undi sebelah Dun Jelai, dah bungkus dah..

Cikgu2 ada cerita... dia datang sekolah , marah2 bila dapat aduan kata cikgu tak bagi markah dengan adil untuk kokurikulam salah seorang pelajarnya.. siap marah2 tak de cikgu yang melayan masa sampai..

dey tambi .. lu datang tak de bagi tau... lu datang buat muka hero tamil konon pengundi buat aduan.. lu datang nak marah cikgu tanpa usul periksa .. lu pikir ape...

Lupa.. cikgu2 bukan mendaftar undi di Cameron Highlands.. kampung masing2.. semua cikgu cakap .. nasib baik aku tak mengundi kat sini!!!

Hero bodoh!!!!!!!

Ini kisah nyata.. Palanivel punyer nama naik mencanak2 bukan sebab boleh bekerja... tapi safe area.. bukan calon boleh menang.. tapi kawasan yang boleh menang...

Puteri UMNO ni cuba korang periksa.. dok minum sekali dengan Devamany selalu ..apa niat mereka...

bukan UMNO tapi pasti tak sokong DAP & PKR.. Pas ...??? hilang yakin.. undi rosak aje la... said...

Anda nak tahu kenapa MCA kalah masa PRU dulu untuk DUN Tanah Rata?
Kalah pulak kepada bekas org kuat MCA sendiri..

Sebab ...
Nama penganti YB lama dah dihantar .. YB cikgu yang dipilih oleh Akar umbi.. tapi pusat pilih nama yang langsung blacklisted.. pilihan pusat .. kaki gasak sana sini . kauteem sana sini.. dua minggu sebelum penamaan calon dah bising dah org sini.. tetap Pusat pilih calon CKL..

Masa hari penamaan calon .. semua penyokong bersemangat .. bukan YB cikgu tapi semangat BN .. MIC + MCA angkat bendera.. tapi dekat pukul 10.30 pagi , tak sampai poun 10 org datang berarak.. ahli MCA jadi calon bebas.. YB Cikgu... yang dok julang bendera tadi penuh semangat semua turun bendera masing2..
Sepakat...ape kata mereka..
"kalaulah kami tahu Cikgu nak masuk jadi calon bebas hari ini, kami pasti tak kan datang sokong calon BN" dan mereka gulung bendera... balik awal sebelum nama diumunkan..

Buktinya... YB Cikgu memang mudah.. BN kalah .. MCA kalah.. sebabnya ... akar umbi mahu calon ini dari awal.. Pusat pilih lain...

tak masuk dua tahun.. YB Ckgu masuk GERAKAN .. Dia tahu pembangkang haram tak leh sumbang ape-ape...

Tauladan: Dengar cakap akar umbi .. tapi Puteri UMNO ni kena check.. ada la tu ...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI