TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Monday, February 6, 2012

JUI MENG MANA MAU BUANG?


Heboh puak Pakatan kononnya nak pikat Salahuddin Ayob agar bertanding di DUN Johor dan menjadi calon MB Johor jika menang. Kah...kah...kah... Menang lum tentu, tapi kalah dah pasti. Apa pun halnya, puak Pakatan ni nak letak Chua Jui Meng kat mana? Dah lama Jui Meng mengidam nak jadi MB Johor. Dengar kabo dia masuk PKR pun sebab Nuar janji nak bagi jawatan MB Johor kat dia.


Tapi rasanya segala yang dicanang tu semuanya hanya untuk menyedapkan hati Salahuddin aje. Maklum le, orang Kelantan sendiri sekarang dah kemaruk nak jadi YB. Maka Salahuddin dihalau le keluar, suruh balik Johor. Kesian Salahuddin, tak patut betul orang-orang PAS Kelantan ni.

Tapi Salahuddin tak gentar ke nak bertanding kat Johor. Kalau hari tu datang ke Tenggara, hanya 30 orang aje yang menunggu (sini), macam mana nak menang? Masa kat Tenggara pun aku tengok Salahuddin sugul aje bila dalam ucapan Mazlan Aliman, memberitahu ada ura-ura memintanya bertanding di Johor.

Tapi nampak gayanya, kalaulah....kalau Pakatan menang dan Salahuddin jadi MB Johor, maka tiap-tiap hari Salahuddin kena report kat Jui Meng, kena tunggu Jui Meng angguk dulu baru boleh jalan kerja. Lebih kurang serupa le dengan apa yang berlaku dengan Nizar di Perak dulu dan Khalid di Selangor.


1 comment:

ISAC said...

Kasi siram minyak bro...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI