TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, February 2, 2012

MAZLAN ALIMAN HINA PENEROKA FELDA

Melayu bandar jangan harap PAS akan membela nasib kamu. PAS lebih pandang kepada undi peneroka FELDA. Itulah apa yang dijelaskan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Mazlan tahu, orang FELDA banyak duit. Tu yang dia sibuk nak pikat orang FELDA. Bila peneroka dah taksub dengan PAS, maka kantung PAS akan bertambah kembung le. Niat dia bukannya nak tolong Melayu. Kalau ingat nak tolong Melayu, tolong Melayu bandar yang ramai lagi hidup susah. Orang FELDA dah tak payah tolong lagi. Orang FELDA hidup dah senang lenang. Orang FELDA dah banyak duit, kerajaan BN dah bantu. Nak jadi juara, pergi le bantu Melayu kat bandar, jangan porak perandakan Melayu yang dah senang kat FELDA.


Orang FELDA jangan ingat dengan menyokong PAS hidup akan lebih senang. Kalau PAS menang, mereka bersatu dengan DAP dan DAP yang akan perintah. Kena ingat, DAP memang cemburu dengan kejayaan orang FELDA, jangan sampai salah pilih. 

Si Mazlan ni pun ingat orang FELDA serupa macam dia. Sogok duit aje, terus boleh jalan kerja. Hina benar pandangan Mazlan terhadap orang FELDA, seolah-olah Melayu FELDA begitu mudah dibeli. Lihat aje kenyataannya di atas, dia ingat Melayu FELDA serupa macam dia, dapat sikit habuan sanggup memburuk-burukkan FELDA yang selama ini dah membantu keluarganya. Sepatutnya sekarang dah gilir dia pulak membantu dan menyenangkan FELDA, bukannya menambah rumitkan keadaan. Inilah dia manusia yang tak tahu berterima kasih dan tak tau bersyukur. Peliknya, masih lagi nak duduk kat FELDA!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI