TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, February 24, 2012

PRESIDEN NUTP BEBAL DAN BENGAP

Screenshot di bawah ini ialah berita dari BERNAMA yang disiarkan oleh MStar Online mengenai kenyataan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan. Diharapkan agar para ibubapa dapat menilai sejauh mana wajarnya kenyataan tersebut dikeluarkannya untuk membela perangai segelintir guru yang bermasalah.


Bagi aku inilah kenyataan paling bodoh, bengap dan bebal dari seorang yang mengaku diri sebagai pemimpin.

Kalau sessi sebelah pagi persekolahan rata-ratanya bermula antara 7.10 -7.30 pagi, bagaimana selaku ketua, kamu boleh mewajarkan ahli-ahli kamu datang lebih lewat dari masa tersebut? Guru harus ingat, kalau sessi persekolahan bermula 7.10 pagi, bukannya 7.10 pagi baru sampai sekolah, tetapi 7.10 pagi itu sudah mengadap anak murid di dalam kelas!

Jangan kamu ingat guru sahaja yang mempunyai tanggungjawab setiap pagi untuk menyelia anak-anak. Ibubapa lain juga punya tanggungjawab yang sama tetapi masih mampu untuk memastikan anak-anak mereka tidak lewat sampai ke sekolah. Apa lu cerita ni wahai Presiden NUTP?

Selaku ibubapa, kita tidak mintak masa yang lebih dari guru, tetapi guru seharusnya ingat, justru kamu dibayar, maka jangan kamu curi masa anak-anak kami untuk belajar. Kalau begini sikap guru, maka patut le semakin hari semakin bertambah kelas-kelas tambahan disebabkan masa murid setiap hari dicuri oleh sesetengah guru yang tidak bertanggungjawab.

Terlanjur sekarang musim mesyuarat PIBG, maka sekiranya begini sikap persatuan yang mewakili para guru, maka wajarlah para ibubapa menggunakan peluang yang ada sewaktu mesyuarat tersebut untuk menyatakan bantahan dan mempertahan hak anak-anak mereka dari dicuri. Rasanya kalau begini sikap NUTP, maka tidak salah PIBG sedikit berkeras.

Sesetengah guru tersebut, sendiri yang mencari masalah, bila terkadang kerana dek kerana gaji yang dah terlalu besar, maka rumah-rumah guru yang disediakan malu untuk mereka huni tetapi sanggup untuk berulang alik hingga sejauh 50-60 km sehari walaupun kuarter yang disediakan amat berhampiran dengan tempat mengajar. 

13 comments:

Anonymous said...

Hashim ni ayam nak jadi ketua je.....pah 2 ditunggang oleh seseorang yg berselindung di belakang dia.Kenyataannya banyak kontravesi....Dia cakap ikut sedap mulut aje..wasalam.

Anonymous said...

Camno sibebal ni leh jadi ketua? Hancuuss... Kalau ketuanya dah cam tu, boleh bayangkan gerabaknya akan ikut kerana gerabaknya yang memilihnya jadi ketua. So much to be desired from a bahalol called Ketua or perhaps kakaktua!!!

Anonymous said...

Kau org tahu ke waktu sebenar guru-guru perlu berada di sekolah? Kau org tahu ke waktu guru pulang dari sekolah? Lebih baik diamlah dr menabur fitnah. Kau org layak sembang bab politik ja. Sebab politik tu kotor utk org2 yg kotor.

Anonymous said...

Sokong Presiden NUTP..
harap semua sekolah ikut waktu persekolahan biasa... mula 7.30 atau 7.40 pagi.selama ni pun cikgu dah sampai sebelum masa tersebut. nak selia murid yang datang awal, serah pada guru bertugas atau pengawal keselamatan.

Anonymous said...

Bebal dan bangang betul blok ini, macam orang pas dan pkr jugak. kalau tak tau tentang jadual waktu persekolahan , jangan bercakap. mulut busuk bau longkang dan sakitkan hati orang yang mendengar.

Anonymous said...

siapa Hashim ni? pelik...ntah datang dari mana, tiba-tiba jadi presiden... apa anugerah/kpi yg menjadikan dia presiden ni? saya tidak akan maafkan apa yg pernah dia ckp dulu! akhirat nanti aku tuntut!

Anonymous said...

Dia ni rasa nya anak didik Mat Sabun kot kalau tak pun dididik oleh Pak Anuwar

cikgu lama said...

rasanya penulis ni kena buat kerja rumah pukul berapa waktu persekolahan dan balik. Waktu sekolah ialah jam 7.30 dan guru perlu berada di sekolah 5 minit sebelum waktu belajar. Ada juga sekolah menetapkan guru perlu berada di sekolah sebelum jam 7.20 pg. Sekiranya guru perlu berada di sekolah jam 6.45 memang ini akan menyusahkan kerana guru juga manusia yg perlu menyelia anak-anak. Adakah kerana kami guru kami perlu mangabaikan tanggung jawab kami sebagai anggota sesebuah keluarga. Penulis yang lebih bebal dan bengap kerana sesuka hati menuduh guru. Memang ada quarters tetapi kena fikirkan juga kemungkinan anak atau isteri guru tersebut mungkin bekerja dekat dgn rumah menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan. Orang yang seperti penulis ni yang begitu angkuh yg sebenarnya tak pandai menghargai guru. Cuba jadi guru dulu (pilih kelas kssr thn 1 atau 2)la baru boleh nak komen kalau tidak mulut tu cuci sedikit dengan clorox

Anonymous said...

SEBAIK BAIKNYA GURU HARUS BERADA DISEKOLAH 15 MINIT LEBIH AWAL.BUKAN SAHAJA UNTUK MENYIAPKAN ALATAN ATAU BUKU UNTUK KELAS PERTAMA TETAPI JUGA UNTUK MENDAPATKAN MOOD UNTUK BEKERJA

Anonymous said...

persoalannya bukan lima belas minit lebih awal tapi 15 minit sebelum pukul 7. lama tu 45 minit.

Anonymous said...

haha....kesiannyaaa, kalo nak komen statement org tu, buat kajian dulu tentang waktu mengajar guru, kaji, kaji dan kaji baru tulis.....sebilangan guru lelaki tinggal jauh dr sekolah bukan kerana tak suka dekat tapi sebab tempat kediamannya berhampiran dgn pejabat isterinya (yg bekerja)....
1. 5.45 pagi : hantar anak pegi sekolah,
2. 6.00 pagi :hantar isteri pergi kerja,
3. 6.15 pagi : guru itu pergi kerja,
4. 6.45 pagi : guru tiba di sekolah,
5. 7.40 pagi, guru masuk kelas....

Logik ke anak guru terpacak kat sekolah jam 6.00 pagi?????? huhuhu...

Anonymous said...

mungkin penulis komen waktu persekolahan di johor kerana cerita pun di senai. di johor banyak sekolah yang mula awal.

Anonymous said...

Saya mengajar di negeri Johor dan waktu persekolahan adalah spt yg dinyatakan oleh guru lama. Rasanya insiden berlaku di sekolah cina. Tidak perlu lah penulis menghina kesatuan guru sebegitu rupa atau menganggap guru tidak bertanggung jawab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI