TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, February 20, 2012

SMART!..RAKYAT KELANTAN TERTIPU DENGAN SMART METER


Kota Bharu - Mungkin ramai Kelantan tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd supaya membayar bil yang lebih tinggi. Ini disebabkan langkah syarikat tersebut menukar meter lama pelanggannnya kepada meter berjenama Smart Meter yang didapati rosak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan surat pada 9 Ogos 2010 dan 11 Ogos 2011 kepada AKSB dan syarikat yang mendapat kontrak Smart Meter, Selcon Engineering Berhad supaya memberhentikan kerja-kerja memasang meter tersebut.Bagaimanapun ketika surat tersebut dikeluarkan sudah 80,000 meter tersebut dipasang di rumah-rumah pengguna.

Soalnya, bagaimana kedudukan pengguna ini, nampak gayanya AKSB buat bodoh kerana tidak ada sebarang makluman dibuat kepada pengguna sehingga hari ini mengenai kerosakan meter. Mengikut SPAN, Smart Meter tersebut telah menyebabkan bacaan bil yang tinggi melebihi kadar penggunaan lazim sesebuah premis dan tiada paparan LCD meter berkemungkinan disebabkan oleh bateri yang tidak tahan lama.

Untuk rekod jumlah keseluruhan untuk memasang semua meter tersebut bernilai RM11 juta.

Yang paling pelik kenapa AKSB meneruskan projek penukaran meter tersebut kerana semua operator air di negara ini menyatakan bahawa teknologi SMART METER tidak sesuai digunakan.

Syarikat Air Johor, SAMB, LAP dan JBA Kedah telah membuat uji kaji dan mendapati SMART METER tidak sesuai digunakan.

Sambung baca di KELATEKITO


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI