TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, March 27, 2012

AHMAD SAID KECEWA

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya pendidikan Terengganu cemerlang disebabkan faktor soalan bocor diberikan kepada pelajar negeri ini. Menurut beliau, fitnah yang dilemparkan seolah-olah menafikan usaha keras kerajaan, guru-guru dan ibu bapa dalam meningkatkan hal berkaitan pelajaran di Terengganu.


Kekecewaan MB Terengganu ni aku jadikan posting pada hari ini ialah kerana beberapa hari yang lepas, aku juga ada membincangkan dengan beberapa rakan guru tentang pencapaian Terengganu ini.

Samada betul atau tidak jawapan yang diberikan oleh rakan guru ini, Wallahua'lam. Menurut mereka, Terengganu mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik disebabkan di Terengganu, sekolah-sekolahnya lebih menumpukan kepada pencapaian murid dalam akademik, dalam ertikata lain, kegiatan bukan akademik seperti kokurikulum dan sukan, penglibatan murid di Terengganu sangat berkurangan jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut rakan tersebut lagi, banyak masa yang terbazir untuk kokurikulum dan sukan di negeri lain sebaliknya dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid di Terengganu untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam akademik.

Selain itu juga, menurut rakan tersebut, guru-guru di Terengganu juga kurang dibebankan dengan pelbagai proses dokumentasi seperti mana guru-guru di negeri lain dan kelapangan tersebut dipergunakan oleh guru untuk membuat persediaan yang lebih baik untuk proses mengajar.

Samada benar atau tidak dakwaan tersebut, tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran mungkin boleh membuat satu kajian perbandingan antara negeri Terengganu dengan negeri-negeri lain.

3 comments:

Anonymous said...

ish2 sangat tak cerdik komen cikgu tu..nie jawapan dari orang Terengganu sendiri kenapa Terengganu cemerlang :

1. Terengganu mengekalkan pelajar cemerlang di dalam negeri (tidak dihantar ke MRSM luar negeri). banyak sekolah2 elit & premier diwujudkan termasuk diwah pengurusan Yayasan Terengganu.

2. kerajaan negeri memberi komitmen tinggi dalam bentuk kewangan dan fasiliti untuk pembangunan pendidikan. contohnya, tahun lepas sahaja RM32juta diperuntukkan untuk E-Book pelajar sekolah yg tiada di negeri2 lain. bantuan2 lain tersangatlah banyak untuk pelajar sekolah baik dalam bentuk kewangan mahupun alat bantu belajar.

3. kenyataan Terengganu hanya focus kepada akademik sangat silap, cuba lihat tahun2 terakhir nie..siapa jadi juara sukan2 sekolah malaysia?? siapa juara SUKMA??

4. Terengganu ada rancangan pendidikan jangka pendek, sederhana & panjang yang walaupun pemimpin bertukar, tapi polisi itu terus diikuti.

5. guru2 ditekan untuk memberi tumpuan lebih kepada pengajaran dgn insentif tambahan. Pelajar2 lepasan sekolah tidak dibiar..kerajaan negeri menyediakan banyak insentif untuk anak Terengganu termasuk biasiswa, latihan, praktikal, peluang kerjaya, dana etc

6. sebab Terengganu ada pemimpin yang cerdik, politik2 jugak...anak2 nie masa depan negeri..so sendiri mau ingat ler hehehe

Anonymous said...

salam..saya sebagai salah seorang murid terengganu yang belajar di terengganu daripada tadika sehinggalah tingkatan 5..belum pernah sekalipun saya dapat soalan bocor.. kejayaan kami adalah dari segi latih tubi yan dilakukan disekolah..kami bukan sahaja ada persekolahan sesi siang malam kelas malam pun dibuat..thus, we don't need private tuition coz kiteorg ade tuition malam kat sekolah.. masa darjah 6 kami buat latih tubi..kelas malam ke siang ke memang kerja kami buat latih tubi aje coz silibus kami dah awal2 dah dihabiskan..berpaa banyak buku2 latihan kami buat..bertimbun.. same goes masa sekolah menengah..kami ade modul khas yg diberi oleh jabatan pendidikan negeri utk kami siapkan. modul tu macam buku latihan yang korang2 beli kat kedai.. kami ade score sheet kami sendiri utk kami compare pencapaian kami dari result latihan2 dalam modul tersebut. masa jawab modul tu pun adalah macam kami ambik exam.di jawab dalam masa yang ditetapkan dan tak boleh meniru pun.. dats how our teachers train us..aku tak redha sape2 yang fitnah kami dapat soalan bocor.. kami berjaya atas usaha kami sendiri..

Anonymous said...

Terangganu kita...kekalkan amalan yang soleh...semuga peminpin tertinggi akan lahir dpd Terangganu...2020 negara maju

ARTIKEL HANGAT BULAN INI