TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, March 27, 2012

PAKATAN DICABAR JADIKAN MANIFESTO PILIHANRAYA UNTUK TUTUP INDUSTRI YANG BERDAGANG DENGAN ISRAEL


Posting di atas di buat oleh Tarmizi Mohd Jam. Tarmizi ni kalau tak silap aku adalah editor Harakah. Cabaran bodoh oleh Tarmizi (patutpun berita Harakah, semuanya berita bodoh) terhadap YB-YB BN.

Aku tak minat nak ulas samada YB BN berani atau takut, tetapi aku nak tahu samada Tarmizi dan yang membawa usul ini nanti cerdik atau tidak? Apakah pembawa usul ini nanti memikirkan kepentingan umum atau setakat nak cari publisiti murahan?

Bab perdagangan dengan Israel ni, umum mengetahui bahawa kerajaan Malaysia memang tidak terlibat berdagang dengan Israel. Namun demikian, berapa banyak industri asing di bumi Malaysia ini yang negara mereka mempunyai perdagangannya dengan Israel? Berapa banyak kilang-kilang yang bergantung kepada barangan dan teknologi Yahudi? Berapa banyak ejen pemasaran kilang-kilang ini yang berada di luar Malaysia yang tiada sekatan untuk berdagang dengan Israel?

Tidak perlu pergi jauh, cukuplah dengan kita mempunyai orang tengah di Singapura sahaja. Apakah kita mampu menghalang orang tengah tersebut dari menjual barangan dan komoditi Malaysia ke Israel? Apakah kita mampu membatalkan transaksi pihak swasta yang melibatkan beberapa pihak, yang hanya apabila tiba baharulah diketahui bahawa pesanan yang asalnya dari sebuah negara lain tetapi rupanya tiba dari Israel?

Apakah pemahaman perdagangan puak Pakatan ini terlalu cetek? Beranikah puak Pakatan memasukkan dalam manifesto pilihanraya mereka, bahawa mereka akan menutup mana-mana perniagaan dan industri yang mempunyai hubungan dengan Israel, walaupun ianya dibuat melalui pihak lain melalui negara lain?


1 comment:

Anonymous said...

Pakatan atau PAS yang akan bawa usul tersebut? AI dah bersetuju ke untuk tidak mengiktiraf negara Israel? Bukan dia ke yg iktiraf Israel dalam WSJ hari tu. Menyokong keselamatan Israel bukan ke dah bermakna dia mengiktiraf Israel secara tidak langsung?
Kalau benar usul dibawa oleh Pakatan, AI perlu menarik balik statement tersebut.
-Sekadar melontarkan pandangan dari sudut pemahaman peribadi. Pandangan yang dibuka untuk perbincangan secara ilmiah dan berhikmah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI