TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, March 30, 2012

MALAYONESIA?

Nama ‘Malayonesia’ mungkin dicadangkan untuk menggantikan istilah Nusantara sebagai nama rasmi bagi negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Shaharir Mohamad Zain berkata demikian selepas membentangkan Siri Wacana Keterlestarian Ilmu yang bertajuk “Ilmu Malayonesia: Telah, Lani dan Kelak” yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban UM.

Turut hadir adalah Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa (DBP), Nor Hashimah Ali dan Pengarah Pusat Dialog Peradaban UM, Profesor Madya Dr Raihanah Abdullah.

Dalam kertas kerja Dr Shaharir mengenai pembentangan itu, beliau menyatakan bahawa nama Nusantara masih hidup sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun katanya, nama itu tidak pernah dapat dijadikan sebagai nama rasmi wilayah atau bahasa yang menyatukan wilayah atau bahasa negara-negara bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Asia Tenggara.


Bagaimanapun yang akan menjadi tandatanya nanti ialah apakah perkataan Malayonesia itu akan dapat diterima oleh Cinonesia dan Kalingosia?


4 comments:

Anonymous said...

nak ke dorang guna malayonesia

kene ingat la sejarah nak tubuh MaFilIndo @ MalIndo dulu...

Reverse Gear said...

sebelum tu kena tukar nama laut Cina Selatan jadi laut Nusantara. kalau itu pun tak pass, yg lain2 tu lagi la payah..

Mohon linkkan blog. terima kasih!
http://reversebaikpunya.blogspot.com/

Pakcu Rantau Panjang said...

Yang susah tu bukan apa sebab ramai yang pandai-pandai belaka dengan teori dan pendapat masing-masing....apa lagi mahu sebut Melayu pun dah kalut ribut keluar fatwa apa ada pada nama....maka Pakcu cadangkan ..sebut lah apa-apa pun asal bahagia dan tak menyusahkan orang.....jangan jadi ...hidup pun susah..mati pun susah...walahualam

Anonymous said...

Upin/Ipin: Betul, betul, betul, betul... Khik,khik,khik.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI