TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, March 1, 2012

NASRUDDIN TANTAWI SEKEL DR DZUL


Ekoran dari kenyataan Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad semalam bahawa PAS sedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu dari kalangan bukan Islam, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan hari ini telah mengeluarkan pula satu kenyataan yang agak keras sebagai peringatan. Antaranya yang berbunyi;

Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua tertinggi yang dipilih melalui muktamar PAS. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya sarat dengan perencanaan untuk memperjuangkan Islam, maka wajiblah pimpinannya terpilih dari kalangan muslim, selain ianya adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Jawatan Timbalan Presiden adalah antara jawatan tertinggi parti. Ia adalah Jawatankuasa Harian parti dan saff tertinggi selaku pemegang rahsia dan amanah perjuangan Islam yang didokong oleh parti.

Saya tegas meletakkan keseluruhan saff kepimpinan tertinggi disemua peringkat parti atau saff kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap parti mestilah terdiri dari kalangan muslim kerana PAS adalah Gerakan atau Jamaah Islam, bukan badan kebajikan atau biro politik kepada jamaah tertentu. 

Kenyataan penuh di SINI

Tak tahu le samada Dr Dzul tersedak atau tidak dengan kenyataan KP PAS ini. Akhir-akhir ini nampaknya tindak tanduk PAS semakin pelik, agaknya itulah balasan Tuhan kepada mereka yang suka sangat menyalahkan pihak lain.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI