TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 26, 2012

NYONYA HONG KONG TAK SEHEBAT NYONYA MALAYSIA


Kalau melihatkan kepada kemajuan, Hong Kong nampaknya macam lebih maju berbanding Malaysia. Namun begitu, nyonya Hong Kong tidaklah sehebat nyonya Malaysia yang ingin aku ceritakan ini. Nyonya Hong Kong masih lagi menjual sayur di kaki lima kedai.

3 nyonya Malaysia anak beranak ni pulak memang hebat. Skil perdagangan mereka cukup tinggi. 3 nyonya anak beranak ni dah tak mahu jual sayur yang cepat busuk dan rosak. Mereka didakwa jual orang!


Inilah skil perdagangan yang merosakkan nama Malaysia. Perbuatan mereka inilah yang menyebabkan negara miskinpun takut nak menghantar warga mereka bekerja di Malaysia. Mereka inilah contoh rakyat yang menyusahkan rakyat lain. Sesuai dengan keadaan dimana kesukaran memperolehi pembantu rumah asing sekarang ini disebabkan perbuatan segelintir majikan yang sebegini, maka mahkamah wajib menjatuhkan hukuman yang seberat-beratnya terhadap mereka sekiranya didapati bersalah. 


1 comment:

Anonymous said...

RM20,000 tak setimpal dengan jenayah ini... untuk mengelakkan kejadian ini terus berlaku, sepatutnya dimufliskan terus orang begini... baru lar orang lain fikir dua kali... hukuman di Malaysia ini tidak berat maner pun... penjenayah akan berulang kali melakukannya kerana hukuman yang ringan...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI