Malam tadi sempat juga aku meluangkan masa menjengah ke Felda Ulu Tebrau kerana dikhabarkan Seranta Felda membawa penceramah Ustaz Kamal Saidin.
Majlis yang diadakan di Dataran Niaga Felda Ulu Tebrau itu bermula jam 9.15 malam, dimulakan dengan Ketua Seranta Felda Wilayah Johor Bahru, Tuan Hj Hazman Ismail berucap menerangkan kepada warga Felda tentang hasrat dan niat kerajaan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi warga Felda.
Beliau mengingatkan warga Felda agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang sentiasa membangkang walaupun untuk kebaikan sebaliknya warga Felda perlulah bijak untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya. Isu penyenaraian FGVH yang di spin oleh pembangkang adalah isu yang pembangkang sendiri tak faham bilamana pada peringkat awal mereka menentang sebarang usaha melibatkan KPF tetapi apabila TS Isa mengumumkan akan membuat sebuah syarikat tujuan khas dan tidak melibatkan KPF dalam penyenaraian, maka puak-puak ini mula terperanjat dan sedar akan kerugian yang akan dialami. Tapi sayangnya bila kepala dah ada cencurut, bila sedar bukan nak menyokong, tapi tetap nak menyalahkan kerajaan juga kerana kononnya dengan tidak melibatkan KPF bermakna membelakangkan warga peneroka.
Ustaz Kamal Saidin yang memberi ceramah, begitu memukau pendengaran warga Felda. Tepat jam 12.00 malam beliau berhenti ceramah dan pada ketika itulah baru warga peneroka meninggalkan tempat duduk.
Sindiran-sindiran tajam dan pedas Kamal Saidin yang khusus ditujukan kepada puak Pakatan yang sifatkan sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang sedia ada menyebabkan sekumpulan penyokong PAS yang berkumpul disebuah gerai tidak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila Kamal Saidin membongkar tembelang mereka-mereka yang bertopengkan agama untuk kepentingan politik dan menyentuh perlakuan kepimpinan PAS yang bersekongkol dengan DAP yang menurutnya secara terang menyalahi kehendak dan tuntutan Islam sebagaimana yang diterangkan melalui hujah-hujah berdasarkan ayat-ayat Quran dan Hadis.
Walaupun bukan dari kalangan warga peneroka, nampaknya Kamal Saidin amat memahami situasi yang dihadapi oleh para peneroka dan beliau juga menasihatkan warga peneroka agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa membangkang walaupun untuk tujuan kebaikan.
Kamal Saidin mengingatkan warga Felda agar tidak mengejar yang belum pasti dan akibatnya nanti yang dikendong keciciran, jangan sampai berlaku lagi peristiwa tok nenek kita dahulu yang berdoa untuk menukar kerajaan Inggeris kerana terpersona dengan kemurahan barangan Jepun, akhirnya bila doa dimakbulkan, tatkala Jepun memerintah, nak makan nasi seminggu sekali pun susah. Ingatan Kamal Saidin ialah bersyukur dan pelihara apa yang ada.
Kemuncaknya ialah setelah tamat ceramah, sekelompok penyokong PAS yang duduk di warung, telah datang dan bersalaman dengan Kamal Saidin dan mengucapkan tahniah atas ceramahnya yang hebat. Aku harap penyokong-penyokong PAS ni terbuka hati mereka kerana walaupun dalam memakai vest PAS, tanpa berselindung mereka memberikan tanda jempol kepada Kamal Saidin.
Tahniah, Seranta Wilayah Johor Bahru. Mungkin Seranta boleh mengadakan lebih banyak program serupa ini untuk warga Felda.
5 comments:
lain kali tepek gambar banyak sikit la bro....
aah la bro ni takkan 1 gambar je dpt ambik..
NTAH tempekla gambar banyak sikit cuba tengok blog pembangkang kalo gambar tempek sampai tak hingat woiii
good works team seranta.Teruskan perjuangan ABTA
wak tabik spring la dgn ustaz kamal ni...
bukan mcm oztat yg lain tu memaki je lebih tp kosong..
Post a Comment