TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 5, 2012

SERANTA JV JPMM DUN PASIR RAJA

Berhampiran tempat aku semalam, Seranta Felda bekerjasama dengan JPMM DUN Pasir Raja menganjurkan Sambutan Maulidurrasul di perkarangan Masjid Jamik Felda Sungai Sayong. 


Majlis yang diisi dengan ceramah oleh Ustaz Kamal Saidin itu turut dihadiri oleh YB Adham Baba, Pegawai-pegawai Seranta Felda  serta Ketua-ketua Kampung Felda berhampiran.

Apa yang menarik minat aku ialah dalam ucapannya YB Adham Baba mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mengatakan kononnya bidaah sambutan Maulidurrasul sebaliknya menurut beliau program yang sebegini yang diisi dengan ceramah-ceramah ilmu mampu mempertingkatkan lagi kekuatan ummah. 

Melalui perkumpulan yang sebeginilah umat Islam dapat menunjukkan perpaduan, menunjukkan kecintaan terhadap rasul dan agama. Melalui perkumpulan sebeginilah umat Islam dapat menunjukkan bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam.

Ya tak ya juga. Patutnya sambutan Maulidurrasul peringkat Kebangsaan dimasukkan sebagai satu acara dalam kalender pelancungan Malaysia sebagai promosi bahawa Malaysia adalah negara Islam. Ini tidak, Thaipusam dilihat lebih memonopoli hinggakan Nuar Berahim sanggup naik tandu dan dapat nandek. Nizar lambai sampai sanggup jadi Nizar gendang. Pok Nik diam tak ada ulasan. Tapi kalau sambut Maulidurrasul, Pok Nik kata ikut cara Kristian!....lu pikir la sendiri.

Sementara itu, Ustaz Kamal Saidin dalam ceramahnya membandingkan apa yang dibuat oleh Rasulullah ketika zamannya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pada ketika ini mewajarkan untuk diletakkan bahawa kerajaan Malaysia pada hari ini adalah sebuah kerajaan Islam dan Malaysia juga sebuah negara Islam. Ingat yooo puak PAS, bukan negara kebajikan!

P/s :- oleh sebab semalam pembaca mintak lebih gambar, ha...ha...ha...kali ini aku kasi lebih sikit.

Ni YB DUN Pasir Raja, Adham Baba
Ramai adik-adik dan kakak-kakak, mok chik kurang!
Ko tengok tu YB dengan IPad, cari maklumat ke, hantar maklumat Tok?
Penceramah...dah biasa kat Perhimpunan Agong UMNO, ada tersasul juga!
Kat ceramah PAS kena masuk duit dalam beg plastik, sini dapat beg plastik ada makanan!
Seranta JV DUN

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI