TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, April 16, 2012

BAKAL MB JOHOR TAK SOKONG SURUHANJAYA DIRAJA

Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dakwaan kononnya pemimpin pembangkang telah mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu mendapat bantahan dari Din Pudu. Menurut Din, UMNO perlu ada asas dan bukti yang kukuh sebelum menubuhkan suruhanjaya tersebut.

Dah pulak....mengapa pulak UMNO? Ini bukannya bab atau agenda politik UMNO. Ini bab mempersenda Raja-Raja Melayu. Ini bab tunggak kekuasaan Melayu dan Islam. Patutnya sama-sama berganding bahu mencari benar atau tidaknya. Atau memang dah ada angan-angan puak Pakatan untuk tidak menggunakan Raja-Raja Melayu lagi jika berkuasa?

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh Naib Presiden PAS yang mengidam nak jadi MB Johor ni? Bukankah dengan penubuhan suruhanjaya tersebut bertujuan untuk mencari kebenaran. Kalau tak ada kesalahan atau salah laku yang dibuat semasa istiadat tersebut, sokong ajelah penubuhan suruhanjaya tersebut. Sudah tentulah niat menubuhkan suruhanjaya tersebut ialah supaya yang menjalankan siasatan itu terdiri dari mereka-mereka yang bebas dari politik. Nanti kalau suruh badan-badan lain yang siasat, dikatakan pula hasil siasatan tersebut telah ditulis terlebih dahulu oleh UMNO.

Alangkah malangnya jika perkara ini tidak disiasat dan salah laku tersebut memang berlaku. Kalau tak buat, kalau tak salah, sokong sahaja. ....atau dah rasa takut dengan bayang-bayang sendiri? 


2 comments:

Anonymous said...

Inilah perangai sebenar orang2 PAS dan PKR. Kalau kena batang hung sendiri script biasa "salah UMNO'

Kalau sendiri yang buat salah takan mengaku...kalau orang lain buat heboh satu dunia nak buat "Suruhan Diraja"

Aku Sayang Tun Mahathir said...

macam biasa, seperti komen komen saya terhadap parti haram jadah ni.....

..kalau tak MUNAFIQ, bukan PAS namanya.....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI