TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, April 21, 2012

HADI AWANG KATA PTPTN TAK BOLEH MANSUH, ITU JASA NUAR

Hadi Awang berkata di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang semalam bahawa PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu sahaja. Aikkk kejap sokong bebudak sewel tu, kejap lain. Menurutnya “Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab”.

Menurut Hadi Awang, lagi, kalau kasi kat PAS, maka PAS tahu le macam mana nak uruskannya. Kalau kasi kat PAS dan Mat Sabu yang uruskannya maka ramai le bebudak yang nak mintak kecualikan dari membayar PTPTN kena jumpa Mat Sabu kat hotel.

Apapun pendapat Hadi Awang bahawa orang yang berada perlu memikul tanggungjawab membayar dan yang miskin tidak terbeban juga harus dipertikaikan. Sampai bila yang miskin terus-terusan perlu diberi segalanya dengan percuma? Sedangkan yang berada itu bukannya keberadaan mereka datang secara bergolek. Mereka senang atas usaha mereka. Maka yang miskin juga perlu memikul beban dan berusaha untuk menjadi manusia yang berada. Cukuplah sekadar membantu dengan memberi pinjaman untuk mereka, bukannya memberi percuma yang akhirnya si miskin terus tidak tahu menghargai dan tidak mahu mencari kesenangan kerana merasakan bahawa mereka sentiasa akan mendapat yang percuma.

Mungkin juga selepas ini Hadi Awang akan berkata PTPTN itu tidak perlu dihapuskan sebagai menghargai jasa Nuar Ibrahim yang meluluskannya ketika memangku jawatan PM dahulu.  Tunggu sahaja bila Nuar bisikkan ke telinga Hadi Awang.


1 comment:

akmy said...

Lupa agaknya kita ketika Hj Hadi mendapat jadi MB dulu, anak EXCO diberi bantuan pelajaran dari duit zakat. Beribu-ribu lagi rakyat Terengganu yang miskin, anak exco pula yang terpilih mendapat bantuan. Apa barrranggg...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI