TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, April 17, 2012

HOSLAN MENANGIS

Bekas imam yang dipenjarakan kerana menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah hakim, mengalirkan air mata ketika berjumpa dengan ahli keluarganya selepas mahkamah sebulat suara menolak permohonan semakan kehakiman terhadap hukuman penjara satu tahun.

Mudah-mudahan selepas dihukum nanti, Hoslan akan menjadi manusia yang berjiwa lembut. Tapi kalau rasanya masih tak puas dengan apa yang telah dilalui, mungkin beliau boleh pula membaling kasut kepada warder penjara pulak! ...lama le sikit kat dalam tu.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara setahun terhadap bekas imam Hoslan Husin, yang didapati bersalah menghina mahkamah dengan membaling kasut ke arah panel Hakim Mahkamah Persekutuan.

Panel lima hakim, yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini, yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara satu tahun.

Hakim Malanjum berkata permohonan Hoslan untuk mendapatkan semakan semula itu dibuat mengikut Peraturan 137, Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 yang menetapkan syarat daripada segi undang-undang bahawa Hoslan perlu melepasi batasan yang menunjukkan bahawa wujud isu ketidakadilan, sebelum semakan semula yang dipohonnya boleh diluluskan.

"Tetapi, batasan itu tidak dilepasi. Tidak wujud halangan daripada segi undang-undang yang dilanggari panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini," katanya ketika menolak hujah peguam Tommy Thomas yang mewakili Badan Peguam Malaysia bahawa panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang dibaling dengan kasut oleh Hoslan, bukan panel yang sepatutnya mendengar kes menghina mahkamah itu.

Empat hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Selepas keputusan itu diumumkan, bekas imam berusia 46 tahun itu, yang digari dan memakai pakaian penjara berwarna oren, kelihatan mengalirkan air mata ketika memeluk anggota keluarganya.


3 comments:

Anonymous said...

Riak dan takabbur!!

Anonymous said...

jumaat lepas disebuah masjid diSelangor yang aku singgah berjumaat Khatib kata siHoslan ni mangsa kekejaman..khutbah berbaur politik..kejam katanya tapi khatib tak cakapperbuatan suharam jadah ni melempas selipar..dia ingat kepala dia sorang saje diMalaysia paling besar..siapa yang bertindak macam monyet ???

Anonymous said...

Tolong beritahu aku tarikh dan masa Mangkok ni keluak penjara sbb aku ada hadiah utknya......12 pasang selipar!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI