TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, April 17, 2012

CERAMAH SERANTA FELDA DI SG SIBOL LENGANG?


Ceramah anjuran Seranta Felda di Felda Sg Sibol malam semalam lengang? Takkan seramai ni aje yang mendengarnya? Isunya sangat penting, iaitu untuk menerangkan kepada warga peneroka tentang kebaikan dan keuntungan menyertai penyenaraian FGVH.

Mazlan Aliman tengok tentu meloncat gembira. Tapi kalau betul orang Felda dah ramai yang ikut Mazlan, kenapa kelmarin Mazlan meninggalkan laman Feldanya dan mencari India di luar Felda?

Sessi penerangan mengenai penyenaraian FGVH dan isu-isu semasa anjuran Seranta Felda semalam di Sg Sibol diisi dengan penerangan tentang penyenaraian FGVH oleh Tn Hj Hazman Ismail, Ketua Pegawai Seranta Wilayah Johor Bahru, diikuti pula oleh ucapan ADUN Panti, Dato' Hj Baderi Bin Dasuki serta kemuncaknya ialah ceramah mengenai isu-isu semasa oleh Ustaz Hj Kamal Saidin, Pegawai Agama kepada MB Terengganu.

Rupanya program di Felda Sg Sibol malam semalam, tak cukup kerusi. Hadirin tak berganjak dari tempat duduk sehingga program selesai jam 12.00 malam. Hebat orang Sg Sibol. 

Seperkara yang mungkin menyebabkan Mazlan Aliman kecewa ialah betapa khusyuknya beberapa penyokong tegar PAS mendengar. Semangat penyokong PAS begitu berkobar-kobar kerana dari pemerhatian aku, mereka adalah antara yang terawal hadir. Mungkin sebab nak tahu berapa banyak durian runtuh yang akan dapat, malangnya para pegawai Seranta sendiri belum tahu berapa banyak durian runtuh yang akan diberi oleh DS Najib.

Lebih mengharukan lagi ialah bila penyokong PAS terangguk-angguk bila kena 'smash' oleh Kamal Saidin. Tak tertelan air liur mereka, tersekat di kerongkong. Harap-harap berubahlah mereka selepas ini. UMNO sentiasa menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama.

Tapi...kalau setakat ahli PAS biasa aje yang hadir, mungkin Mazlan tak cari pengaruh kat kaum India. Gambar di bawah ini, seorang darinya adalah AJK PAS Bahagian Tenggara! Duduk barisan pertama, kat depan tuuu...yang mana?...yang berjenggoat le tu. Kecewa betul si Mazlan...kat belakang pun ada lagi.


Nak tahu ramai ke tidak program Seranta Felda ni, jom layan tengok gambar kat bawah ni. Patutpun Mazlan Aliman mula berkawan dengan India.


Ini belum masuk gambar orang yang duduk kat tepi pagar, kat tiang bendera, kat parking kereta. Gelap, kamera cikai aku tak dapat nak rakam.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI