Golongan muda harus mengambil bahagian dalam 'Duduk Bantah' pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih jika cintakan negara ini. Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A. Samad Said (gambar) berkata, apa yang dilakukan gabungan ini adalah untuk masa depan golongan muda. -Harakah.
Samad Said cuba mengelirukan golongan muda dengan mengatakan bahawa "Duduk Bantah" nanti adalah untuk masa depan golongan muda. Sebenarnya apa yang dilakukan Samad hanyalah untuk menipu golongan muda yang keliru.
Samad yang menjadi Pengerusi Bersama BERSIH, memilih untuk duduk membantah kerana faktor kudratnya yang dah tak larat. Samad ajak orang muda yang kuat untuk duduk sepertinya yang dah lelah dan semput untuk aktif. Samad ingin jadikan orang muda lemah sepertinya yang dah tua, yang dah tak larat untuk berarak lagi.
Bagaimana semputnya kudrat Samad, begitulah juga semputnya pemikirannya sekarang. Sepatutnya untuk masa depan golongan muda, Samad ajaklah golongan muda yang masih kuat tenaga dan masih kuat berfikir ini bergerak secara aktif, bukannya duduk!
No comments:
Post a Comment