TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 8, 2012

KENAPA BENDERA PASTI DI SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR?


Ketika DS Najib berucap di hadapan puluhan ribu penyokong BN di Batu Pahat, seorang sahabat telah menghantar maklumat, sebuah sekolah agama di Daerah Kota Tinggi juga didapati sedang mengadakan program.

Peliknya program yang berlaku di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi itu ialah adanya bendera PASTI yang berkibar. Apa program yang dijalankan, tidak dapat dipastikan, tetapi dengan adanya orang berjualan, seolah-olah ada karnival di dalamnya.

Menurut sumber, program tersebut hanya dihadiri oleh penyokong PAS sahaja dan Mazlan Aliman turut hadir. Jangan le sampai Mazlan bercakap, kalau dia yang bercakap, maka cakapnya hanyalah cakap politik....dalam sekolah agama kerajaan negeri pulak tu!

Pihak yang berkenaan dengan SAKNJ diminta menyiasatlah, apa sebenarnya yang berlaku. Kalau benarlah PASTI diberi kebenaran menggunakan kawasan sekolah agama, ini secara tidak langsung satu sabotaj kepada Tadika Agama Johor (TAJ) oleh pihak sekolah berkenaan. 

Terlanjur perkara ini telah berlaku, maka pada masa yang sama juga wajarlah pihak SAKNJ mendapatkan maklumat, mana-mana guru agama yang menghantar anak-anak ke PASTI yang mana tindakan mereka ini seolah-olah tidak menyokong usaha-usaha kerajaan Johor untuk memajukan TAJ walhal mereka adalah kakitangan kerajaan negeri Johor. Tindakan mereka ini memberi cerminan dan contoh yang tidak baik kepada masyarakat seolah-olah PASTI lebih baik dari TAJ.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI