TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, April 5, 2012

LAGI SATU PENGGAL, BOLEH KA?

TS Koh Tsu Koon juga rupanya akan tamat hayat sebagai senator pada 8 April ini serentak dengan Kak Ijat. Kak Ijat dah confirm tak akan sambung lagi tetapi Tsu Koon pulak ajak orang berteka-teki tentang kedudukannya. Udah-udah la tu. Pencen aje le. Kasi can pulak kat orang lain. Kalau di senatorkan juga lagi, belum tau Gerakan yang "bergerak-gerak" tu boleh duduk diam. Tsu Koon kata, sekarang masih belum bagi komen, kenapa? ...masih runding ke nak sambung lagi?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon masih enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Senator yang akan tamat tempoh minggu depan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan berpendirian adalah tidak wajar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tarikh sebenar tiba.

"Saya tak fikir wajar bagi saya membuat sebarang komen sehingga hari berkenaan...untuk membuat sebarang kenyataan ketika ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen di sini, Khamis. Dr Koh mengangkat sumpah sebagai Senator pada 9 April 2009 bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan tempoh tiga tahun jawatan itu dijadual berakhir Ahad ini.

Ditanya sama ada beliau sedia melepaskan jawatan menteri, Koh berkata: "Boleh kita tunggu hingga hari berkenaan, dan saya akan berikan komen," katanya.

Sebelum ini Shahrizat mengumumkan akan meletak jawatan sebagai menteri berkuatkuasa pada tarikh tersebut. - BERNAMA



1 comment:

Anonymous said...

Presiden sebuah parti komponen BN terpaksa mengemis minta sambung nyawa dan syiok nak jawatan menteri saje.

wakakakakaka

Pengikut, pengampu dan ahli-ahli mereka tahap bawah pengemis kut. Nak sebut tahap pun segan. Nanti ada yang terasa pulak. Tak bermmaruah lansung mereka-mereka ni.

wakakakakaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI