TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, April 18, 2012

MAZLAN ALIMAN TERPAKSA BUAT MUKA SEDIH DEPAN PENEROKA


Semasa bertempik dan melolong di Felda Tementi, Bera, Mazlan Aliman dengan muka yang amat sedih sekali mintak dikasihani. Kalau tengok mimik mukanya, rasanya Mazlan Aliman menangis. Rupanya Mazlan Aliman ni berharap juga dengan durian runtuh Felda hasil penyenaraian FGVH. 

Maklum le, cita-cita nak jadi YB semakin membuak-buak. PRU semakin hampir. Sekurang-kurangnya dengan durian runtuh tu, boleh le juga digunakan untuk menampung perbelanjaan memaki hamun kerajaan BN masa berkempen nanti. Dulu bukan main suruh peneroka tolak durian runtuh. Sekarang sibuk pulak tertunggu-tunggu. Kenapa?....he...he..he....sponsor dah nampak Mazlan gagal meyakinkan warga peneroka dengan dakyah bohongnya. Tengok sahaja sambutan terhadap siri penerangan Mazlan di Felda dan juga siri penerangan Unit Seranta di Felda. Yang hadir mendengar Mazlan melolong boleh dibilang dengan jari manakala yang hadir mendengar penerangan dari Unit Seranta, tak cukup kerusi! Patut le semasa dibeberapa siri jelajah Unit Seranta Felda, totok-totok PAS yang paling awal datang.



Di Felda Tementi juga, Mazlan buat fitnah kononnya Isa Samad kaut untung. Puluhan Bilion kononnya dibalun oleh Isa Samad. banyak tu! Apa buktinya? Boleh ke Mazlan buktikan? Yang aku nampak cuma entah berapa puluh bilion rupiah le yang dah Mazlan tibai dari peneroka Felda melalui tong dan karung plastik bergerak disetiap sessi bertempik dan melolongnya di Felda? Rasanya belum pernah dia datang dan melolong dengan percuma tanpa adanya kotak dan karung plastik bergerak.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI