Dengan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan, orang kampungpun tahu membezakan mana yang betul dan mana yang tak betul.
Siang tadi, hampir 50 orang penduduk Felda Bukit Ramun telah berhimpun membantah tindak tanduk Ambiga yang mereka sifatkan sangat keterlaluan sejak akhir-akhir ini.
Menurut SU JKKK Felda Bukit Ramun, Sdr Jailani Bin Amat Amaluddin, mereka berasa sangat kecewa dengan sikap segelintir orang-orang Melayu yang begitu mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dibawa oleh Ambiga yang jelas boleh menggugat kestabilan negara. Mereka juga menolak perhimpunan DUDUK BANTAH pada 28 April ini dan menyifatkan sebagai mengganggu ketenteraman awam walhal peluang untuk menyelesaikan perbincangan secara lebih terhormat sentiasa terbuka luas di Malaysia ini.
Mereka juga kecewa dengan penglibatan orang Melayu dan Islam yang sanggup berketuakan Ambiga, seorang yang memperjuangkan gerakan LGBT dan juga membela orang Islam yang murtad.
Selain itu, warga peneroka yang turut sama dalam bantahan tersebut, turut mengambil kesempatan menunjukkan bantahan mereka terhadap para pengacau yang cuba menggugat usaha kerajaan menaikkan taraf hidup mereka.
Dari perbualan aku bersama penduduk Felda Bukit Ramun, nampaknya semuanya menyokong usaha penyenaraian FGVH dan yakin bahawa segala tranformasi yang ingin dibawa oleh DS Najib adalah semata-mata untuk membantu menaikkan lagi taraf ekonomi mereka. Nampaknya kat Felda Bukit Ramun ni, cuma Mazlan Aliman seorang aje yang menentang. Cehhhh....kalau aku, dah lama aku pindah dari Felda.....tapi Mazlan Aliman memang jenis tak tau bersyukur dan tak tahu malu, nak buat macam mana?
No comments:
Post a Comment