TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 22, 2012

PAS SIBUK MENGUTIP "BEKAS-BEKAS"

Din Pudu ketika berceramah di Seremban mengumumkan bahawa bekas pegawai kanan polis Fauzi Shaari telah bersetuju untuk bertanding dalam PRU 13 ini sebagai calun PAS. Apakah yang dimaksudkan ialah bekas Pengarah CID, Datuk Fauzi Shaari? Manakala bekas Pengarah JSJK, Datuk Ramli Yusuff pula sedia dijadikan calun oleh PAS tetapi mungkin belum dapat anggukkan dari Ramli sendiri.

PAS yang memang ketandusan pemimpin, kini sibuk berkempen dengan menggunakan "bekas-bekas" untuk meraih simpati pengundi. Dalam setiap ceramah PAS kebelakangan ini pasti akan ada perkataan "bekas" yang keluar, samada bekas polis, bekas askar, bekas menteri, bekas UMNO dan bila hadirin sedang seronok mendengar, mereka akan berhenti sekejap untuk mempromosi pulak bekas tin MILO untuk diisi dengan derma jihad.

Bagus le tu, mana-mana "bekas" kakitangan awam yang terasa dulu banyak buat silap dan takut-takut tak dapat masuk syurga, masuk le PAS, kurang-kurangnya ada juga jaminan syurga dari Pok Nik. Dan pencen yang banyak tu, faraidkanlah kepada PAS, kurang-kurangnya bekas tin MILO tak payah le lagi menyertai ceramah PAS.




1 comment:

Anonymous said...

Termasuk BEKAS artis dan bekas badut

ARTIKEL HANGAT BULAN INI