Pok Nik bukan main puji lagi Nazri Aziz dan Aziz Shamsudin, dua menteri yang pernah berkunjung ke pejabatnya. Baik menteri ni, katanya (SINI).
Pok Nik melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke Kelate tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau. Kesian Pok Nik, terasa juga dia. Ye lah, hati orang tua ni memang mudah terasa.

Tentu bersemangat dia menatang sendiri air untuk dihidangkan kepada tetamunya. Maklum le, dengar kabonya kalau orang datang ke rumah orang tua ni, memang dia sendiri yang bawak keluar minuman dan juadah.
He...he...he...Menteri yang lain tak mahu ke dipuji oleh Pok Nik?
No comments:
Post a Comment