TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 30, 2012

AIRBUS A380 MENDARAT DI KLIA PETANG INI


Petang ni, pesawat MAS pertama yang menggunakan Airbus A380 akan mendarat di KLIA. Ini adalah antara pembelian yang terbesar Malaysia dengan Perancis selepas Scorpene. Tak ada ke kutu-kutu PKR yang nak menunggu kat KLIA tengok-tengok kalau ada sesiapa yang balik dengan beg sarat dengan duit komisyen. Atau kalau-kalau ada peguam Perancis yang menyelinap masuk ikut penerbangan tersebut.

Kalau Airbus ni dipolitikkan, tak le terjejas sangat bab kedaulatan negara. Tapi bab Scorpene, umpama menelanjangkan keupayaan pertahananan negara sendiri. Pecacai yang tak sayangkan negara, sanggup pergi sampai ke Perancis semata-mata nak burukkan imej negara dan pemimpin di mata dunia.

Dek kerana nafsu pembangkang yang tak sayangkan negara, Scorpene yang sepatutnya bukan untuk ditayang-tayang, akhirnya terpaksa mengikut jejak Nuar Berahim yang menayangkan scorpenenya tenggelam timbul. Bezanya Scorpene ditayangkan tenggelam timbul di Selat Melaka, scorpene Nuar di Tasik China.

Memandangkan begitu besarnya pembelian yang dibuat oleh kerajaaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Perancis yang tak secara langsung turut menyumbang kepada perkembangan ekonominya, namun dengan sikap warga Perancis yang turut menjadi batu api dalam isu pembelian ini, maka rasanya wajar Airbus A380 ini dijadikan pembelian terakhir produk Perancis oleh Malaysia.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI