TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Wednesday, May 30, 2012

LEBUHRAYA RAKYAT -KU LI MACAM TAK YAKIN AJE

Ku Li berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan perlu berbincang bagi pembinaan lebuh raya antara Kota Baharu ke Kuala Krai, untuk mengelak pertindihan dalam pelaksanaan projek itu.


Cakap Ku Li tu cakap orang lama, kiasnya dalam. Tapi kalau diamati, Ku Li macam tak yakin juga le dengan projek Lebuhraya Rakyat tu. Maklum le, sebagaimana kata Ku Li, jika tidak ada wang yang mencukupi amat susah untuk membina lebuh raya yang membabitkan perbelanjaan besar. 

Ku Li cakap begitu mungkin terkesan dengan tindakan kerajaan Kelantan yang mengutip derma dari orangramai untuk mencukupkan kos RM1.8 bilion tu. Kalau masih kutip derma, maknanya duit masih tak ada lagi, macam mana kerajaan Kelantan boleh janji siap dalam masa 3 tahun? 

Mungkin Ku Li juga seperti orang-orang yang lain juga, bimbang Lebuhraya Rakyat tu cuma boleh nampak dan dilalui dalam mimpi aje. Akhirnya duit derma ke mana, lebuhrayanya tak ke mana-mana!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI