Ingatkan para warga Felda pengikut ANAK tak mahu 'durian runtuh', rupanya mereka yang tak sabar. Kalau dengar cakap mereka, berdegar-degar, semua yang dibuat oleh pihak Felda, salah belaka.
Bila keluar aje banner yang mengatakan warga peneroka tak mahu 'durian runtuh', ingatkan orang UMNO atau BN yang kesasau, rupanya Pengerusi ANAK sendiri yang tak keruan. Berpinau mata yang dah membayangkan bila hari nak membilang duit 'durian runtuh', tiba-tiba ada pulak yang kata ,mereka tak mahu terima.
Itu yang bila terbaca aje sepanduk yang tergantung, tanpa berlengah, Pengerusi ANAK cawangan Paya Besar terus membuat laporan polis. Rupanya tersangat mengharap mereka ni pada 'durian runtuh'.
Kalau dah nak dan berharap sangat dengan durian runtuh tu, maka sokong aje le apa yang Felda nak buat, jangan le sokong ANAK tu. Kalau sokong dan ikut ANAK tu maknanya tak mahu le 'durian runtuh'. Nampak sangat ANAK yang rata-rata berketuakan orang-orang PAS, lidahnya bukan setakat bercabang 2, tapi 7. Depan pengikut bukan main mengutuk Felda, tetapi bila balik rumah, cakap laki bini, mereka yang sibuk merancang bagaimana nak gunakan duit 'durian runtuh' tu nanti. Celako...celako...celako!
Berita dari SINI
No comments:
Post a Comment