Mamat kat atas ni memang kerap pening. Dek selalu pening, apa yang dia cakap tu, kalau nak dengar boleh dengar, tapi percaya jangan.
Dalam sibuk menjaja tentang penurunan atau mansuh atau mengurangkan sesuatu kalau jadi pemerintah iaitu, nak turunkan harga petrol, nak mansuh PTPTN, nak mansuh yuran, nak kurangkan itu dan nak kurangkan ini, tetiba aje Mamat ni nak naikkan pulak paras gaji minimum.
Biar betul Mamat ni, dalam semua benda dia nak kurang atau turunkan, tetiba aje bila bab gaji dia janji nak naikkan kepada minimum RM1100.00 iaitu RM200.00 mengatasi RM900.00 sepertimana yang dibuat oleh kerajaan BN.
Tapi aku tak heran, sebab orang yang selalu pening ni, memang kebiasaannya kalau bab duit dan bab "anu", memang nak selalu naik. Kalau boleh tak mahu turun. Cuma aku nak tanya sikit, dalam semua benda nak diturunkan harganya, kalau puak Pakatan menang dan memerintah, harga minyak sawit akan naik ke turun? Ramai peneroka Felda nak tahu sangat. Maklumlah, orang Melayu memang terkenal dengan goreng-gorengan ni. Ramai yang mengeluh bab harga minyak masak yang mahal. Kalau berani, spin le sikit bab harga minyak masak ni.
2 comments:
SENTIASA MENCARI IDEA MAHU BOHONG
MMG MEMENINGKAN
DR MENCERITAKAN PERKARA SEBENAR
Orang camnie sepatutnya DENGAR pun jangan.apa lagi nak PERCAYA!
Post a Comment