Akhirnya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Menurutnya kepada MalaysiaKini, "Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya."
Dengan kenyataan yang sebegitu, iaitu 'tidak lagi dapat dipertahankan', apakah bermaksud beliau mengalami tekanan dari pihak DAP? Sama-sama kita fikirkan. Namun menurutnya, beliau tidak bercadang untuk menjadi ahli mana-mana parti politik lagi selepas ini.
Inilah harga kebebasan bersuara yang terpaksa dibayar oleh mana-mana ahli DAP. Bagaimana dengan Hata Wahari, Aspan Alias, Sakmongkol dan lain-lain lagi? Apa ke nak tunggu kena halau baru nak sedar?
4 comments:
tahniah.... parti cauvenis atau lebih dikenali parti komunis malaya yg hanya utamakan bangsa cina saja. mana ada demokrasi.
Alhamdulillah, moga semakin ramai Melayu Islam dalam DAP yang membuka mata...
Sigh aduhai orangnya pandai bijak berkaliber tetapi naif. Kalau budak peringkat Universiti tu faham la jugak kalau naif sangat tapi yang dia ni saya tak faham lansung.
tu la tunku aziz igt dia ni setaraf keluarga Lim & Singh Co. ada kebebasan bersuara.mmg la DAP campak dia keluar sebab dia ni org melayu.
Post a Comment