PAS sibuk mengajak rakyat ikut pimpinan ulama, tapi bila pandangan Ketua Dewan Ulama mereka sendiri merugikan mereka, pandangan tersebut disanggah. Maka pemimpin PAS yang ada pada hari ini berjuang untuk Islam atau untuk apa?
Harun Taib itu adalah orang mereka, orang PAS, Ketua Dewan Ulama mereka, bukannya orang UMNO atau orang BN. Kenapa hanya untuk memuaskan hati sekutu politik mereka, sanggup pandangan Ketua Dewan Ulama mereka diketepikan.
Di depan Pakatan Rakyat, mereka menolak untuk melaksanakan hudud tetapi dalam masa yang sama, orang yang sama juga melaungkan kepada rakyat bahawa sekiranya mereka berkuasa, mereka akan jalankan hudud. Mungkin benarlah tanggapan ramai pihak bahawa hudud mereka adalah "hudud PAS" bukannya "hudud Islam". Manusia jenis apakah yang menjadi pemimpin PAS ini?
No comments:
Post a Comment