Lain macam aje bunyinya bila tetiba aje Dr Ling Liong Sik memuji kepimpinan PR seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng yang kononnya bebas daripada skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Malahan, Ling juga tidak berapa yakin yang BN akan dapat menawan kembali Selangor pada PRU 13 ni. Menurut Lim lagi, kerajaan persekutuan masih lagi belum bersedia kerana masih lagi ada beberapa isu yang tidak selesai yang bakal memberikan kesan terhadap kepimpinan negara pada masa akan datang. Bab ni aku setuju la sikit, antaranya skandal PKFZ tu. Mungkin ini le yang menyebabkan BN akan sukar untuk rampas semula Selangor.
Bila dah kenen-kenen kat Khalid Ibrahim dan Guan Eng tu, agak-agaknya kalau skandal PKFZ tu hasil ledakannya tak seperti yang Ling mahukan, parti mana yang mungkin disokongnya? Aku dah tak berapa percaya lagi dengan bekas-bekas pemimpin BN yang dah tak ada tempat dan bermasalah ni. Contoh dah banyak. Parti tong sampah yang sanggup menerima, pun banyak!
No comments:
Post a Comment