TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, May 15, 2012

DS NAJIB TEPATI JANJI, PENEROKA BERSORAK

Siang tadi, dua Felda di Parlimen Tenggara telah menerima durian runtuh seperti yang dijanjikan oleh DS Najib. Pada sebelah pagi, seramai 323 peneroka Felda Bukit Ramun telah menerima fasa 1 durian runtuh berjumalah RM5,000 bagi setiap ketua keluarga.

Ini bermakna, keluarga Mazlan Aliman juga tidak menolak durian runtuh tersebut! Cuma mungkin disebabkan malu, Mazlan mewakilkan abangnya untuk mengambil bagi pihak ibunya yang uzur.


Majlis di Felda Bukit Ramun itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohd Saddique, turut dihadiri oleh Ketua UMNO Tenggara, Dato' Baderi Dasuki dan Timbalan Ketua Pemuda, En. Nasa Ahmad. Majlis dimulakan dengan penerangan oleh Pengurus Wilayah Felda Johor Bahru, Tuan Hj Hanafi Bin Syuhada yang menerangkan kepada para peneroka akan bagaimana bonus ini diperolehi dan bagaimana pula ianya diagih dan nasihat-nasihat agar bonus yang diterima dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Sementara Tok Limah pulak mengajak para peneroka agar mengerti erti bersyukur dan pemberian durian runtuh pada hari ini menunjukkan bahawa pentadbiran DS Najib bukanlah berjanji kosong, sebaliknya kerajaan BN sentiasa mengotakan janjinya. Tok Limah juga mengajak warga peneroka agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN yang telah menjadikan warga Felda anak emas mereka.

Disebalik kegembiran itu, terpalit sedikit kedukaan bagi warga Felda Bukit Ramun dengan tindak tanduk Mazlan Aliman. Cuba dengarkan apa kata Ketua Kampung Felda Bukit Ramun, En Saahat Abd Hamid bila diajukan persoalan tentang Mazlan. Fuyuooo....dia suruh Mazlan pindah oooo....cayalah Tok!



Manakala majlis yang serupa juga diadakan pada sebelah petang di Felda Bukit Besar pula, kali ini penerimanya lebih ramai iaitu seramai 409 orang. Juga disempurnakan oleh Tok Limah. Kesian pulak aku tengok Tok Limah, dari pagi sampai petang tak tukar baju!...syabas la Tok...kerja kuat tu!


Keseluruhannya, Felda Bukit Ramun akan menerima sebanyak RM4.845 juta dan Felda Bukit Besar pula sebanyak RM6.135 juta apabila keseluruhan durian runtuh yang bernilai RM15,000 bagi setiap keluarga itu terlaksana.

Jom layan gambar-gambar pulak; ....Felda Bukit Ramun,


.............di Felda Bukit Besar...




1 comment:

Anonymous said...

Di Felda Bukit bading ada sekor berok yg dok teriak jgn ambil duit "durian Runtuh". Bila dgr DS Najib umum RM15000 awal awal lg pergi jumpa pengurus serah ic. Tak dak "kemaluan" langsung mcm Mazlan Aliman jugak. Inilah tabiat puak PAS

ARTIKEL HANGAT BULAN INI