TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, May 15, 2012

TEMPOH KEMPEN PRU 13 MUNGKIN LEBIH LAMA?

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 melebihi 10 hari.

Beliau berkata ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minima tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini.

"Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari. Namun begitu, segalanya akan diputuskan oleh SPR apabila satu mesyuarat khas bagi menetapkan tempoh rasmi berkempen diadakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemuramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di ibunegara semalam.

Beliau berkata bagaimanapun menetapkan tempoh berkempen yang sesuai, SPR perlu melakukannya secara berhati-hati bagi memastikan prosiding PRU dapat berjalan seperti yang dirancang.

- Bernama

Perlu ke tempoh pilihanraya tu dipanjangkan? Kalau dilihat sekarang ini, hampir setiap hari ada sahaja ceramah politik. Puak pembangkang pula hampir setiap hari ingin menyusahkan parti yang memerintah dengan pelbagai karenah. Yang seronoknya ialah orang politik tetapi yang menanggung kerugian ialah rakyat jelata.

Tujuan tempoh berkempen dikurangkan ialah supaya kurang le keluar cerita dan janji yang bukan-bukan. Tapi kalau alang-alang nak panjangkan tempoh berkempen, suka le aku mencadangkan agar biar panjang sekali, mungkin sebulan atau sebulan setengah ke, biar sampai rakyat jelak nak tengok atau dengar orang berkempen. Kalau boleh biar sampai banner dan bendera parti-parti yang bertanding tu koyak rabak baru buat pilihanraya.

Dia orang ni berpolitik sebab nak berkempen ke, atau nak berkhidmat kepada masyarakat? ....mungkin esok aku ulas isu ini.


1 comment:

Reverse Gear said...

Mak ai.. kalau tempoh berkempen sampai sebulan senyum la pembangkang. diorang memang dah biasa berkempen 366 hari setahun. BN cuma biasa kempen 7-8 hari jer (lagi 359 hari lagi? buat kerja la)

ARTIKEL HANGAT BULAN INI