TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 16, 2012

CIKGU NAIK KELDAI?....SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru Cikgu. Setiap tahun, berkat dengan kemakmuran dan keamanan negara, kita dan anak-anak kita dapat menghargai jasa guru dengan membuat sambutan Hari Guru untuk meraikan mereka yang telah banyak berjasa mendidik.

Dengan kemakmuran dan keamananlah dapat kita semua menghargai jasa guru. Apa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil dari didikan dan tunjuk ajar guru yang tak pernah jemu.

Namun, tindak tanduk sesetengah bakal guru akhir-akhir ini agak menggusarkan. Dengan sikap dan perlakuan mereka, apakah mampu mereka meneruskan perjuangan guru-guru pada hari ini? Mampukah mereka melahirkan generasi yang cintakan kemakmuran dan keamanan? Kalau guru sudah menunjukkan sifat memberontak, bagaimanakah pula murid yang bakal terhasil nanti?

Kenalah kita sama-sama beringat sewaktu kita mampu merasa kesenangan dan kemewahan ini. Kesenangan dan kemewahan kerana kita adalah bangsa yang merdeka yang cintakan keamanan. Lihatlah nasib guru di bawah ini....semoga kita insaf!




3 comments:

hangkedee said...

Cik gu maarof tipu MC 21 hari berkempen menentang Kerajaan Apa maksudnya Menteri Pelajaran?

Anonymous said...

Sampai hari ni sunyi sepi tiada tindakan.

Anonymous said...

Dalam dok dapat gaji tinggi pun ada yang dok tak sokong Kerajaan , apa yang depa mau?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI