Datuk Salahuddin Ayub, ahli Parlimen Kubang Kerian telahpun mengumumkan akan bertanding di negeri Johor pada PRU 13 yang akan datang. Orang PAS Kubang Kerian mungkin akan buat kenduri kesyukuran atas keberambusan Din Pudu yang balik ke negeri sendiri. Nanti ramai le ahli PAS anak Kubang Kerian yang menonjolkan diri untuk jadi calon.
Namun, suasana di Johor berlainan sedikit. Bukan kata untuk menjadi MB Johor, malah untuk menang kerusi yang ditandingipun belum tahu lagi. Tapi agak tertanya-tanya juga, bagaimana Din begitu berani mempertaruhkan masa depan politiknya?
Mungkin Din ada strategi sendirinya. Kalau ditanya tempat bertanding, Din tidak menyatakan secara jelas. Namun setelah aku telek dan teliti, maka aku yakin Din akan bertanding di kerusi ini. Percayalah, iaitu DUN Serom melawan Dato' Ghani Othman!
Bertanding di DUN Serom, kalaupun Din tidak dapat menjadi MB Johor, tetapi dengan menang mengalahkan Ghani Othman, adalah kemenangan bergaya bagi Din Pudu. Malah sekiranya Din bertanding di kerusi ini, Din dijangka akan menang mudah.
Tanyalah orang Sungai Mati, orang Serom, orang Bukit Kangkar, orang Teluk Rimba, orang Kesang, orang Parit Bunga. Tanya sama Melayu, tanya sama Cina, jangan tanya orang yang berjawatan dalam UMNO. Kalau Din Pudu melawan Ghani, siapa yang akan mereka undi? He...he...he...Din Pudu boleh bergaya beb....! Bergaya....tak dapat jadi MBpun, dapat kerusi DUN bekas MB! Tentu gah gitu.
Tak caya?....cubalah selidik ke DUN Serom, kampung aku tu beb!!!
No comments:
Post a Comment