Bila aku tengok gambar Mazlan Aliman di Harakah (sini) sebentar tadi, kesian pulak aku rasa. Punya sibuk nak menghentam kerajaan, janggutpun dah panjang sebelah.
Tapi bila aku baca pulak berita mengenainya, lain pulak aku rasa. Aku rasa, Mazlan ni bukan sahaja janggut yang panjang sebelah, tetapi akalnyapun dah senteng sebelah.
Mana malunya, akupun tak tau. Sedap aje dia cakap, yang katanya; Hakikatnya, pemberian 'Durian runtuh' adalah isyarat kejayaan perjuangan ANAK dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting di Felda.
Dulu bukan main sibuk la kata kerajaan nak tipu penerokalah, nak gadai tanah penerokalah, Felda bangkraplah dan macam-macam lagi. Tetiba aje, bukan main bersorak lagi bila nak dapat "durian runtuh". Para peneroka yang menyokong usaha kerajaan, relaks dan sabar menunggu berapakah jumlah yang akan dapat. Tapi Mamat sewel ni tak sabar-sabar, segala kenalan yang ada dalam Felda ditanya tentang jumlah "durian runtuh" tu. Kabarnya dapat RM15,000 setiap peneroka. Senyum Mazlan! ...boleh nikah lagi satu tu. Itupun kalau duit tu dia sapu sendiri dan tak bagi adik beradik yang lain.
Ehhh....tak pulak dia canang yang Felda akan bangkrap kerana membayar "durian runtuh" ni.
1 comment:
gila tak malu punya orang dah macam nurul izzah
Post a Comment