Kononnya, menurut Hadi Awang (sini), kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38).
Nampaknya Hadi Awang masih seronok nak berdalil dengan ayat Quran untuk menegakkan benang basahnya. Sedarkah wahai Hadi Awang, bahawa ayat tersebut kalau ditafsir dan difahami dengan sedalam-dalamnya dengan jiwa yang tenang, ianya sesuai sangat ditujukan kepada puak-puak PAS, bukannya UMNO.
Sedarkah Hadi Awang, dek taksub kononnya sendiri yang betul dan orang lain semuanya salah, terutamanya UMNO, walhal ahli UMNO itu majoritinya Melayu dan Islam, dek kerana UMNO berjuang tanpa melaung-laungkan slogan Islam, dek kerana UMNO itu kononnya tidak Islamik, maka semakin hari PAS semakin menjauhkan diri dari UMNO. Akhirnya apa yang jadi? UMNO masih berketuakan orang Islam dan Melayu, tetapi hari ini PAS mengikut siapa?
Maka janji Allah itu benar. Maka hari ini dapat kita lihat bagaimana PAS berketuakan Ambiga yang jelas kafir, bagaimana PAS menurut telunjuk DAP yang jelas kafir. Tak perlu diulas panjang lagi. Tutup mata, renungkan.
Wahai Hadi Awang, bacakanlah ayat tersebut kepada pemimpin-pemimpin PAS. Tujukan kepada pemimpin-pemimpin PAS. Bukannya kepada UMNO. Lupakan nafsu dan haloba untuk berkuasa. Ikhlaslah dalam perjuangan. Kalau benar untuk kebaikan Islam dan Melayu, maka jalan kerjasama terbaik ialah dengan UMNO, bukannya DAP!!!
1 comment:
DAP menentang pemerintahan Islam oleh PAS, PKR duduk di belakang DAP, PAS pula boleh bersekongkol dengan DAP dan PKR. Maka sesuai sangatlah ayat tersebut di tuju khas buat PAS. Renung-renungkan lah.
Post a Comment