Pok Nik tak habis-habis nak bandingkan gabungan PAS dan DAP halal lagi suci berbanding gabungan UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi dah banyak juga hujah-hujah dari pihak UMNO, yang dijawab Pok Nik cuma kenapa UMNO boleh, PAS tak boleh berkawan dengan kapir?
Kenyataan FB Pok Nik kat atas jelas menunjukkan bagaimana Pok Nik begitu sayang dan membela DAP. DAP tu jauh bezanya dengan MCA dan MIC wahai Pok Nik ooiii.
Itulah yang dijelaskan oleh Ustaz Kamal Saidin dalam siri ceramahnya. Terbaru, malam semalam, hampir 1000 penduduk di Felda Palong Timur di DUN Sepinang, Segamat khusyuk mendengar penjelasan Ustaz Kamal Saidin yang menjawab isu-isu berkaitan PAS dan Pok Nik ni. Sampai pukul 12.30 malam, penduduk tak berganjak.
Program anjuran Seranta Felda (JPM) tu turut menarik minat penyokong PAS yang juga tak berganjak. Sesekali terdengar kelompok PAS menjerit jauh di kegelapan malam mengiakan kata-kata Ustaz Kamal. Hebat Ustaz Kamal ni mengupas berdasarkan Al Quran dan Hadis.
Ya tak ya jugak. Mana pernah Pok Nik kupas tentang mana satu kapir yang boleh berkawan, mana satu kapir yang tak boleh? DAP tu kapir harbi, wajib ditentang, bukannya buat kawan.
Sepanjang UMNO berkawan dengan MCA dan MIC, ada pernah ke mereka halang atau komplen orang Islam azan menggunakan pembesar suara? Pernah ke MCA atau MIC campurtangan dalam pemilihan AJK Masjid? Pernah ke MCA atau MIC halau penduduk Islam dari kampung halaman mereka? Pernah ke MCA atau MIC mengajak rakyat berguling dan melompat atas jalanraya menentang kerajaan Islam? Sepanjang MCA dan MIC bersama UMNO, pernah ke mereka mencampuri urusan agama Islam? ....dan banyak lagi....
Cuba bandingkan pulak siapa DAP tu? Siapa yang cetuskan 13 Mei? Siapa yang mintak langkah mayat dulu untuk tubuhkan negara Islam, walhal Malaysia sememangnya Negara Islam! Siapa yang baru dapat kuasa dah menghalau orang Islam dari penempatan mereka... yang menghalang orang Islam dari membaca Al Quran di masjid sebelum azan Subuh... yang suruh orang Islam memperlahankan suara Azan dari corong pembesar suara?
Ketika MCA dan MIC bersama-sama dengan UMNO berunding untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British, mana ada muka-muka DAP? DAP hanya tahu mengambil sesuatu yang dah tersedia aje. Dalam sibuk MCA, MIC berganding bahu dengan UMNO untuk memelihara keamanan negara, DAP mencetuskan 13 Mei. DAP ajak orang berdemonstrasi. Hina pegawai kerajaan, hina polis. Itukah kapir yang PAS berkawan dan banggakan?
Perghhh....kalau nak tulis, seminggu tak habis. Apapun aku percaya dengan siri jelajah bersama Ustaz Kamal Saidin ni, bukan kata orang UMNO sahaja yang akan terus kekal dengan UMNO dan BN, malah orang PAS juga akan keliru dengan Tok Guru mereka yang menawarkan mereka syurga yang bakal mereka masuk bersama-sama dengan Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain kerana mudahnya untuk ke syurga hanya dengan memangkah PAS.
Jom layan gambar ceramah Ustaz Kamal Saidin di Felda Palong Timur, Segamat.
Depa ketawakan PAS |
Nota:
Maaf, banyak lagi gambar-gambar hadirin yang berkumpul di tepi jalan dan kawasan yang gelap yang tak dapat di siarkan kerana kualiti yang tidak baik. jumlah mereka yang berdiri di tepi jalan dan kawasan berhampiran lebih ramai dari yang duduk. Sangat menggalakkan.
1 comment:
sblom ni hanya puak2 pas je yg menyalahkan umno..tak de sesape yg salahkan pas..jd rakyat ingat pas tu betul la..lg pulak tak de ustaz yg back up umno..bila dah ade ustaz yg berani mcm ni..gelabah jugak pas rasa nyer..pembawakan pas ni mcm khawarij jer..jenis nak rosakkan kesatuan umat Islam..kalu nak politik pun..jgn over sangat..ni sampai hasut rakyat supaya benci kerajaan demi nakkan kuasa.dorang ni memalukan Islam jer..moga Allah kalahkan Pas di klate kalahkan pkr di sngor kalahkan dap di pp.saya tak minta kedah bertukar pemimpin kerana saya nampak keadaan kedah lebih baik berbanding dulu..jd kita tengok lg sepenggal..klate,sngor,pp memang teruk sangat keadaan..memang patut tukar pemerintah pun.
Post a Comment