"Jangan sekali-kali memberi peluang kepada mana-mana parti pembangkang yang cuba melumpuhkan parti orang Melayu ini," itu kata Dato' Hj Abd Ghani Othman yang menggesa agar orang Melayu terus mempertahankan UMNO ketika program Larian Bendera UMNO sempena ulang tahun ke-66 parti itu di sempadan Melaka-Johor di Kesang semalam.
Kerisnya hilang??? |
Nasihat Dato' MB tu bagus. Tapi nasihat tersebut patutnya bukan kepada ahli parti. Nasihat tersebut sepatutnya kepada pemimpin parti. Ahli biasa parti ni tidak banyak tindak tanduknya yang boleh dijadikan isu oleh pembangkang, tetapi lain pula halnya dengan pemimpin.
Tanggungjawab memelihara parti, totok terletak atas bahu pemimpin. Justru itulah pemimpin perlu sentiasa bersama rakyat, mendengar kehendak rakyat, memelihara tingkah dan teliti dalam membuat keputusan.
Ahli UMNO, bila dah mendaftar jadi ahli, majoritinya kekal setia pada parti. Masalahnya ialah bila ahli kekal setia pada parti tetapi pemimpin pula setianya kekal pada jawatan. Maka eloklah, kalau sayangkan parti, mana-mana pemimpin yang dah kureng popularitinya dikalangan pengundi tu, sendiri tawarkan diri untuk berundur.
Apa yang kita mahu, kalau BN menang, biarlah menang bergaya, bukannya setakat menang cukup makan....ya lah....macam pinjam PTPTN tu, kalau cemerlang dapat cpa 3.7 ke atas bukan ke senang, dah tak payah bayar pinjaman. Begitu jugalah dengan politik ni. Kalau dah menang bergaya, kuranglah songel dan soksek-soksek yang perlu dilayan, maka lebih senang le nak mentadbir untuk memajukan negeri dan rakyat.
2 comments:
Tepat sekali artikel tuan. Masalah dgn ghani ni adalah dia bleh menjadi punca kalahnya beberapa kerusi di Johor. Spt mana tumbangnya rafidah aziz, sammy vello dan nama2 besar dlm politik malaysia.
MB johor x payah hipokrit, 1 johor tahu hubungannya dgn datuk lim. X payah jd hero nk bela Melayu.
Umumnya, kwn2 yg sy temui tidak sanggup nk undi pembangkang tetapi juga tidak sanggup memberi ghani peluang. Jika ghani berundur, insyaAllah undi akan diberikan pd UMNO. Dulu faktor KJ .. Sekarang faktor Ghani.
Pemimpin datang dan pergi.Sebagaimana kita umat Islam MENERIMA hakikat Muhammad itu sudah wafat namun ISLAM tetap dipertahankan dan disebarkan.Selagi manusia kita tidak kebal dari segala kesilapan dan kemungkaran .. Utamakan perjuangan bangsa itu lah matlamat...UMNO.
Pemimpin boleh sahaja kita gantikan..tapi Kuasa TETAP kita pertahankan demi ISLAM dan BANGSA MELAYU.Itulah perjuangan UMNO yang aku kenal dari dulu , sekarang dan mudah2an selamanya..
attiq
Post a Comment