TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, May 5, 2012

ORANG TU GILA YA.....


HIMPUN TANAH RAKYAT yang diadakan di Perkarangan Plaza Angsana oleh PAS gagal mencapai target 30,000 sebagaimana yang diwar-warkan. Kalau melihat kepada gambar-gambar dari FB penyokong mereka, rasanya setakat 1,000 sahaja kehadiran. Itupun mungkin termasuk para pengunjung yang datang membeli belah yang sememangnya ramai pada hujung minggu.

Tapi bab ramai ke sikit tu bab nombor dua. Bab utama yang mahu aku ceritakan di sini ialah, ketika meneliti gambar-gambar pendemo ini ialah anak aku yang berusia 4 tahun duduk dipangkuan. Budak kecik ni heran melihat semua gambar yang bercakap pakai dua mikrofon, lalu ditanya, "kenapa bah, orang-orang tu gila ya nyanyi pakai 2 mikrofon", ...ha...ha....ha.... Aku jawab, ya...ya...tu semua orang gila!!!




5 comments:

Anonymous said...

Aiskrim sampai 2 batang....! Oleh Mat Bond.

Anonymous said...

saya tergelak dgn komen anak anda! budak bijak dia.

Anonymous said...

Tak ramai mane pun perhimpunan tu. ... sembang kononnya kehadiran yang akan datang 30 ribu, kalau kira balik tak sampai pun 2,000. Itupun dah dikumpulkan dengan "mangsa kekejaman" beberapa negeri. Kalau tak rasanya hanya ada 200 orang je kot yang nak dengar cerita kosong mereka. Buang masa je.....

Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Walau pun x ramai, UMNO perlu berhati2 dlm soal ini kerana ia melibatkan pemimpin tertinggi negeri Johor iaitu Ghani Othman. Faktor Ghani spt mana Faktor KJ pd pilihanraya yg lepas boleh mengakibatkan beberapa kerusi akan jatuh.

UMNO perlu ambil iktibar berhubung dakwaan tersebut spt contoh hubungan akrab Ghani dgn Datuk Lim Kang Ho byk merugikan org Melayu dlm pembangunan hartanah. Dpt tanah dgn harga murah premiumnya dan kemudian di jual semula dgn ratusan juta (FAKTA). Ada antara dakwaan tersebut benar spt penukaran rizab melayu.

UMNO Johor terutamanya pemuda mesti menjadi golongan pendesak yg mahukan kebenaran. Lg baik kalau Ghani letak jawatan atau tidak bertanding lagi. Cukup2 lah dgn wawasan zapin yg diperjuangkan Ghani.

Org Melayu khususnya tidak dpt manafaat jelas dgn pembangunan yg dibawa apabila harga2 hartanah melambung spt contoh harga rumah teres dan kondo yg melebihi RM300 ribu. Itu adalah fakta.

Pembangunan tanah rizab Melayu di dalam bandar adalah di alu2kan bg membolehkan semakin ramai pengundi Melayu masuk dlm bandar (Rujuk kpd pembangunan Bukit Saujana oleh Abu Juling) tetapi hakikatnya rizab Melayu di pindahkan sesuka hati.

EXCO tidak lg berperanan, tidak kritikal kerana takut pd Ghani. Segala keputusan di buat oleh Ghani dan EXCO cuma endorsed. Renung2kan lah.

Hidup Johor! Kami anak Johor syg kan UMNO tp benci pemimpin tertinggi UMNO. UMNO Johor perlu kepimpinan baru.

Budak JB

Anonymous said...

Assalam, Saya rasa kebanyakkan yg hadir adalah yg dibawa dari luar JB atau pun luar Johor untuk meramaikan. Saya seorang peniaga di Bazar JB & saya perasan, pd malam sebelumnya ramai pngunjung2 ke Bazar JB adalah mereka2 yg dtg dari luar kerana dialect (loghat) perbualan mereka cthnya. loghat utara. Mungkin segala pembiayaan ditanggung oleh pihak pembangkang.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI