Apa dalam kotak tu? Surat perjanjian jual beli ke? He...he...he... gambar di atas diambil ketika kunjungan Datuk Johan Jaafar ke Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Ia hanya kunjungan hormat ke atas seorang Menteri Besar. Mungkin Datuk Johan ada urusan di Kelantan dan terlanjur singgah bertemu dengan Pok Nik. Tapi hampir pasti rasanya, kat dalam kotak tu bukannya borang keahlian PAS!
Dalam orang PAS dok kutuk-kutuk TV3 dan Media Prima, tapi Datuk Johan masih merendah diri, masih mahu lagi bersua dengan para pemimpin PAS ini. Itulah sifat orang budiman. Namun begitu sikap orang PAS masih lagi tak berubah, lihat sahaja komen-komen dia orang di wall FB Pok Nik. Jumpa salah, tak jumpapun salah.
Tapi, admin FB Pok Nik juga mungkin mahukan komen-komen yang sensasi, maka itulah yang dipost hanya gambar tanpa keterangan. Mungkin juga Datuk Johan hadir kerana Pok Nik nak mintak maaf dengan TV3....sapa tau?
No comments:
Post a Comment