TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, May 4, 2012

SUHAKAM TAK BOLEH PAKAI

SUHAKAM ni boleh pakai ke tidak? Aku heran, setiap kali kenyataan yang keluar, semuanya berat menyalahkan pihak berkuasa. Apakah penguasa undang-undang sahaja yang perlu bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang? Mana tanggungjawab rakyat untuk mematuhi undang-undang? Kenapa tak cela rakyat yang berhimpun dengan tidak menghiraukan undang-undang? 

Apakah penguasa undang-undang tu tidak ada hak asasi? Apakah mereka tu robot yang pekak, buta dan tuli yang boleh menyerap segala bentuk provokasi dari orang-orang yang membelakangkan undang-undang? 

Aku tulis begini sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SUHAKAM, TS Hasmy Agam terhadap polis berkaitan BERSIH 3.0 yang berbunyi;
"... di mana mereka (polis) mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam". (ruj SINI)

Sejak BERSIH 3.0, tak kedengaran pulak mana-mana pihak yang menyalahkan pihak yang berdemonstrasi yang berkelakuan tak ubah macam beruk dan monyet. Bukan itu sahaja, semuanya seolah-olah macam menunggu peluang untuk menghentam pihak berkuasa apabila sebelum tarikh perhimpunan, tiada satupun NGO yang kehadapan untuk menasihati kumpulan ini agar menuruti tawaran kerajaan untuk berhimpun di satu kawasan yang lebih terkawal.

Jangan pandai salahkan pihak penguasa undang-undang sahaja. Undang-undang untuk dijunjung oleh semua pihak. Celaan yang paling berat patut diberikan kepada mereka yang mula melanggar undang-undang dan tidak mengikut nasihat. Hak Asasi ada batas dan hadnya!




5 comments:

Anonymous said...

Pak Ngah...

Bubarkan saja Suhakam, Suaram, Majlis peguam, nampak sangat condong pada pembangkang yang lebih kotor dari segi moral dan fahaman Islam yang sesat. Ya Allah lindungilah Malaysia dari dajal-dajal kecil ini. Musnahkanlah perosak ini di bumi bertuah ini. Ameen!

Anonymous said...

itulah suhakam dengan amnesty ni sama sahaja, macam mana mereka boleh salahkan polis sedangkan pihak pengajur yang gagal memastikan rally berlaku dengan aman, peluang diberi untuk buat di tempat yang lebih sesuai tapi kononnya tak cukup masa, dei minachi pernah dengar FB, twitter, sama telefon ke minachi..tuii...

kenapa suhakam tidak mengambil tindakan terhadap anwar yang menjadi punca rusuhan berlaku hak asasi juga perlu adil bukan setakat nak kondem sahaja.

Anonymous said...

tang bila suhakam ker, suaram ker, atau majlis peguam tu bleh pakai? dok memenangkan kroni ASING tu iyer-iyer benorlah!

Anonymous said...

Hak asasi org ramai yg xmahukan negara porak peranda Suhakam xmau kesah lak...

Hak asasi peniaga kat tmpt yg trbabit dgn demo, hak asasi pemandu teksi, byk lagi..

Bangang..apa, ingat BABI kuning saja yg berhak tuntut hak asasi?

Tukaqla suhakam jadi SUBANGANG

UMNO PARTI PENJARA said...

Dah tak sekepala dgn korang. Semua benda tak boleh pakai.


Utusan Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5
6~BUKTI 6

Jangan segan2... Utusan Pasti Boleh Buat!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI