Ketika menjawab soalan temuramah dengan Roketkini, Pengerusi DAP Johor menimbulkan sedikit tandatanya dengan jawapan yang diberikan, yang mana aku merah dan boldkan di bawah ini.
S: Apa persediaan khusus PR khasnya dari DAP sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru?
J: Bagi persediaan kemungkinan mengambil alih kerajaan negeri dalam pilihan raya yang akan datang, PR akan mengendalikan dan menambah skuad sukarela bagi pemantauan dokumen dan aset jabatan-jabatan kerajaan negeri serta membuat persediaan kawalan keselamatan kepada pimpinan kita. DAP akan mula menyusun skuad sukarelanya dalam masa terdekat ini.
Apakah sebenarnya yang bermain dibenak Dr Boo? Kenapa mesti ada skuad keselamatan kepada pimpinan Pakatan? Adakah perlindungan yang diberikan oleh pihak PDRM di Johor dah tak cukup selamat? Atau apakah puak Pakatan memang telah bersedia dengan provokasi-provokasi yang akan menaikkan kemarahan pihak lawan? Atau puak Pakatan ni memang tidak pernah ada kepercayaan terhadap para pemimpinnya dari melompat parti? Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment