Foto ataupun poster di atas kini banyak di wall FB puak PAS. Apa yang jadi persoalan aku ialah apakah benar kata-kata yang disertakan itu adalah dari Dr Asri?
Samada ia dari Dr Asri atau bukan, cuma aku ingin mengulas bahawa tanggapan bahawa orang Melayu menganggap titah raja atau sultan itu mesti ditaati secara mutlak adalah tanggapan yang salah. Ia memberi persepsi yang buruk kepada Melayu kerana hakikatnya orang Melayu boleh menegur sultan atau raja mereka.
Namun begitu, perlu diingat bahawa orang Melayu penuh dengan adab dan sopannya. Anak boleh sahaja tidak sependapat dengan bapa, tapi untuk menyanggah bapa, bukanlah dengan membentak atau mengherdik. Begitu juga antara rakyat dan raja. Ada adab dan susila yang perlu dibatasi untuk menegur, bukannya melalak seperti anjing menyalak. Malah anjingpun tidak sewenang-wenangnya menyalak tuannya.
Kalau masih tak faham lagi dengan adat, adab dan susila Melayu, eloklah diperingatkan, kerana adat, adab dan susila Melayu yang disertakan dengan anutan Islam oleh bangsa Melayu itu sendirilah yang menyebabkan aman dan makmurnya bumi bertuah Tanah Melayu ini walaupun berbilang bangsa dan agama.
1 comment:
kalau sultan yg dah kaya beratus tahun pun kita boleh pertikaikan kenapa sultan beli plat 500k...
maknakata nik aziz kita boleh la kenching atas pala dia ya, sbb nik aziz manusia biasa jee, bukan sultan,...pakai no mers satu angka...
nik aziz cuma keturunan raja jambull...
Post a Comment