Kesiannya dia. Kepada mak-mak kat luar lu, lain kali kalau marahkan anak sekalipun, jangan le sampai hilang akal. Lagipun budak ni baru nak berakal, baru berusia 16 tahun. Sebelum bertindak tu, fikir masak-masak, jangan terlalu ikut perasaan marah. Jangan ikut perangai Pakatan, kalau marah merusuh, kalau marah merusuh!!!
MIRI (Sarawak): Berang anaknya tetap berdegil dan tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu telah bertindak di luar dugaan apabila dia menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, kelmarin.
Akibat kejadian pada 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar melecur teruk di bahagian belakang badannya, lapor akhbar Harian Metro, semalam.
Menurut sumber yang dipetik akhbar tersebut, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumahnya sebelum kejadian itu, apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.
"Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukan arahan ibunya itu dan ini menyebabkan wanita tersebut menjadi berang. Dia kemudian mengambil air panas yang sedang dimasak di dapur dan menyimbahnya ke atas badan mangsa yang sedang tidur itu.
"Tindakan ibunya itu menyebabkan mangsa melompat bangun daripada sofa dan menjerit kesakitan. Jeritannya menarik perhatian seorang jiran yang terus datang untuk melihat apa yang berlaku," kata sumber itu.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana hampir seluruh bahagian belakang badannya melecur teruk.
Difahamkan, ketika kejadian itu, dua adik mangsa yang masih kecil berada di rumah, manakala bapa serta abang dan kakaknya sudah pergi bekerja, lapor Harian Metro.
Sementara itu, seorang jurucakap di Hospital Miri mengesahkan kejadian tersebut semasa dihubungi.
Mangsa pula dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta sedang menjalani pemeriksaan lanjut.
Sejauh ini belum ada laporan polis yang dibuat sama ada oleh pihak mangsa atau keluarganya yang lain, menurut akhbar itu lagi.
1 comment:
Salam tn blogger,
Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.
Aloqlaloq
Post a Comment