TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, June 13, 2012

PAS JOHOR MENGESAHKAN ....

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Pas akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak bersama DAP dan PKR disebabkan mereka mempunyai pemahaman politik yang sama. Kenyataan Mahfodz ini adalah sebagai menjawab  Dr Mohd Puad Zarkashi yang meramal Pas akan mengalami kerugian besar berbanding DAP sekiranya meneruskan pakatan bersama dalam menghadapi PRU13.

Kenyataan Mahfodz ini secara langsung mengesahkan bahawa fahaman politik PAS bukanlah fahaman Islam sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Bersesuaian dengan pengakuan Mahfodz bahawa fahaman politik mereka adalah sama dengan PKR dan DAP, maka eloklah mereka jangan lagi menjual perkataan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan sebelum ini. Berhentilah dari menipu orang Islam dan Melayu.

PAS pada hari ini sudah tidak mempunyai wajah perjuangan Islam lagi. Kalau dulu PAS berjuang bukanlah untuk merebut kuasa dan pangkat, tetapi pejuang PAS terdahulu, mahukan suara Islam didengari dan digeruni. Memangpun PAS dahulunya digeruni, terutamanya oleh DAP, selepas berlakunya peristiwa 13 Mei, dimana atas dasar Islam dan Melayu, PAS berjaya mengimbangi semula kuasa politik Melayu dan Islam di Tanah Melayu ini.

Namun itu hanya sejarah. Sejarah yang tak mungkin berulang lagi. DAP dah berjaya mencari kelemahan Lebai-lebai PAS. PAS sudah tak mampu lagi untuk menjadi parti yang digeruni oleh DAP malah kini menjadi kuda tonggangan DAP. Kalau dulu, sekali PAS berdehem, kecut dan termasuk telur DAP ke dalam perut, tetapi kini, sekali DAP berdehem, meleleh air mata PAS mohon simpati!


2 comments:

Anonymous said...

bolehlah sekarang umno gunakan alasan ni untuk menangkis bahawa pas memperjuangkan pemerintahan negara islam..kalau dah bapat peluru percuma macam ni pun umno tak nak gunakan menembak kembali tuanya usahlah berdegar-degar bercakap utk memenangi pru nanti.

Anonymous said...

Hint dah diberi...."JANGAN SOKONG AKU"...... penyokong pas tunggu apa lagi...... cabut lah... jangan lengah kan penghijrahan kalian.....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI